SEDIH...OWHH TIDAK...LAWAN TETAP LAWAN

 

SIRI 2


MOHD MUKHLIS




 

Benda ini pun tak lama, 21 bulan atau pun satu tahun 9 bulan. Silap-silap masa bubar PRU15 nanti, kerusi Bersatu semua kena langgar dengan UMNO.Last sekali bersatu tinggal rangka ayam. PH nak recover balik seat bersatu tak susah rasanya, janji kuatkan kesepakatan PH. Yang lebih menarik, nanti PAS kena masuk bertanding dengan UMNO, jadi mana-mana pengundi atas pagar yang dulu undi PAS akan lari pada PH. Insyallah PH boleh bertapak di pantai timur.

Memerintah di zaman pendemik tak mudah. Satu benda silap yang saya ramal dulu PN, akan buat GST untuk cover pendapatan negara, rupanya lagi teruk sebab Parlimen tak buka jadi kita tak tahu berapa yang mereka sudah spend. Ikut laporan Bank negara yang Najib Razak duduk jaja, belanjawan tambahan luar parlimen pada 2021 pun dah lebih 100 blllion lebih. Jadi untuk lulus budget 2022, BN kena bentangkan jumlah hutang negara dan mana nak cekau duit nak bayar hutang; itu tak masuk duit bunga 1MDB lagi.

Semalam juga saya dah tulis snippet reaksi media luar kalau mail sabri naik and that most likely will be true. Kita tengok berapa kerat yang ucap tahniah. Mahiadin dulu rasanya kurang dari 10 negara yang ucap tahniah, paling awal singapore itupun sebab jiran sebelah.

Dan kalau kes kluster Mahkamah di lepaskan, lagi senang kerja kita.

Saya ramal PRU15 akan terjadi di mana norma baharu kempen politik. Di mana salam kaut dah tak boleh, berkumpul ramai-ramai dah tak boleh. Jadi sosial media sangat memainkan peranan yang penting. Sebab itu saya tegur kawan-kawan dalam PH, kita menulis kena guna bahasa yang baik sebab politik itu adalah seni menjual idealogi. Kalau kita dah start maki hamun orang, mana ada orang hendak beli idealogi kita. Itu yang terjadi dengan dengan walaun PAS; mereka maki hamun sampai takfiri mereka ingat orang akan tambah sokong mereka.

Benda-benda lain saya expect akan jadi status quo. Ada tadi saya baca kawan tulis kata kes adib akan selesai dan RUU355 akan di bentangkan, saya pun tak tahu dia ini menulis tengah high syabu ke apa.

Cumanya yang paling penting, PH jadi kerajaan atau tidak, saya boleh sentiasa menulis, komen pun open kepada publik sebab saya ada prinsip. Kesian juga tengok Mutfi Utara tak update apa-apa kat pasal politik masa kerajaan sertuan dia di baham tanah. Dia nak kutuk UMNO tak boleh sebab Mahiadin baca doa dia yang sokong UMNO. Nak berbalik pada PH tak boleh, dah banyak sangat tajassus. Lagi best fitnah dia kata Anwar rakus... Allah yang Maha Adil tolong jawapkan.

PRU15 nanti isu utama dia adalah economic voters, peluang pekerjaan dan semua bread and butter isu rakyat. Masa itu, depa jual la isu jawi ke, RUU355, komunis ke, Arwah adib ke, Dong Zhonng ke, sekolah vernakular ke, semua itu dah tak laku.

 

 

Rakyat dah tengok dengan jelas yang kerajaan BN ini sama sahaja dengan PN. Bila perut rakyat berkeroncong, masa itu hang sembang apa pun tak jalan.

Educate anak muda kita, manusia ini fitrah dia cintakan kebenaran. Kalau kita bagi fakta dan bukti yang jelas, mereka tak akan tolak kebenaran. Bukan semua anak muda kita totok dan taksub pada perkauman dan bangsa, tambahan lagi yang memerintah dan gagal ini adalah dari kalangan Melayu Isley, bukan dari DAP atau Anwar.

Jangan berputus asa, kalah menang itu mehnah perjuangan. Kita dah buktikan yang UMNO BN boleh tumpas PRU14 dan insyallah kita akan buktikan lagi untuk PRU15.

MMMS