Hari tu marah Umno jatuhkan Muhyiddin, hari ini Pas ucap tahniah kepada PM Umno

 


Hari tu marah Umno jatuhkan Muhyiddin, hari ini Pas ucap tahniah kepada PM Umno

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah yang telah memperkenankan pelantikan YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

PAS juga mengucapkan setinggi tahniah kepada YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob atas pelantikan ini dan mendoakan agar sentiasa dikurniakan taufiq dan hidayah-Nya bagi melaksanakan tanggungjawab yang amat berat ini.

PAS menyeru semua pemimpin dan rakyat untuk menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong ini, bagi membolehkan kerajaan meneruskan segala usaha untuk menangani pandemik Covid-19, memulihkan ekonomi dan memperkukuh perpaduan dalam negara.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Tarikh: 11 Muharram 1443 / 20 Ogos 2021



No comments: