Umno akan terus bersandiwara



Umno akan terus bersandiwara


Umno akan terus bersandiwara. Ditahap manusia,adalah mustahil biawak berekorkan ikan. Biawak tetap biawak bukan buaya.

Seramai 14 pemimpin terdiri dari pemimpin UMNO telah dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yasin terdiri dari mereka yang bertaraf kanan atau kiri.

Mereka ini dicalonkan oleh Umno untuk TS Mahiaddin senaraikan sebagai menteri dan timbalan menteri. Bila kerajaan PN dikatakan gagal oleh DS Zahid Zahid semasa sidang akhbar sehabis mesyuarat MT Umno yang terbaru baru-baru ini,seolah-olah UMNO tak wujud dalam kabinet.

Kenapa kegagalan harus TS Muhyiaddin yang pikul walhal yang gagal adalah kerajaan PN yang terbukti UMNO turut gagal..!

UMNO gambarkan yang berjayanya adalah mereka. Sebagai pembangkang kepada kerajaan PN pun mereka kononya nampak cemerlang dan sebagai kerajaan pun mereka hebat.

Dari menteri kesihatan UMNO,yang organise Vaksin pun menteri dari UMNO,yang tiap-tiap hari umumkan jumlah mangsa covid serta umumkan PKP,PKPD dan lockdown pun dari UMNO. Tiba-tiba diletakkan 100% kegagalan keatas TS Mahiaddin. UMNO tak gagal?

Kita dikelentong hidup-hidup oleh UMNO dengan sandiwaranya…!

Lebih parah lagi,ketua pembangkang pun percayakan UMNO. Betapa naifnya Ketua Pembangkang dengan taktik dan strategi UMNO sehingga terikut-ikut rentak UMNO yang akhirnya NO ANWAR,NO DAP yang tercalar wibawa dan kredibilitinya adalah Pakatan Harapan…!