JUMLAH JANGKITAN JAUH LEBIH TINGGI?



May be an image of one or more people

TADI aku RAMAL dlm seminggu lagi akan jadi 15,000 kes sehari. Tapi Pakar Virology kata skrg mungkin jauh lebih tinggi dari yg dilaporkan. Mungkin sudah 30,000 kes sehari.

Tak pastilah sehingga ke tahap mana #KERAjaanPNGagal ini mahu mempertahankan kuasa dgn NYAWA Rakyat jadi taruhan?? Tiada sedikit pun "empathy" dan kesedaran bahawa dgn keberadaan mereka di situ akan lebih byk menyusahkan Rakyat dan menyebabkan nyawa melayang.

Kita pun tak tahu samada yg patut memanggil Abah Kau membuktikan dia masih ada Majoriti perlukah melakukan perkara tersebut? Ia masih jadi keresahan dan tandatanya bagi Rakyat.

Atau adakah sidang Parlimen ini adalah medannya utk menolak PD2021 sebagai menzahirkan hilangnya sokongan Ahli-ahli Dewan Rakyat kpd Abah Kau dan #PNCirit?? Sbb TAK MUNGKIN VoC mahupun VoNC akan berlaku selagi mana wujud Speaker Tong Pecah dan Menteri Lebai #PNderhakaKakiTaichi

Sama-samalah kita tunggu.

Wallahualam.

- Zus Din

09 Julai 2021

******************************

Kes positif Covid-19 boleh mencecah hingga 30,000 orang - Pakar Virologi

Raja Noraina Raja Rahim

rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Peningkatan kes harian Covid-19 dan jumlah kematian ketika ini menggambarkan situasi sebenar pandemik itu di negara ini.

Pakar Virologi Universiti Malaya (UM) Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata, jumlah individu positif Covid-19 mungkin lebih tinggi daripada yang dilaporkan dan mungkin boleh mencecah sehingga 30,000 orang.

"Sebenarnya, jumlah jangkitan dalam komuniti adalah lebih tinggi iaitu purata antara tiga hingga empat kali ganda daripada kadar kes semasa ketika ini.

"Maknanya, kes positif masih banyak di luar sana yang tidak dilaporkan, sama ada daripada mereka yang tiada gejala atau tidak pergi buat ujian," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan juga tidak berkesan mengawal penularan dan menurunkan kes kerana masih berlakunya pergerakan.

"PKP yang dilakukan agak longgar kerana membenarkan pergerakan contohnya ke tempat kerja. Virus ini akan menular selagi manusia bergerak.

"Penularan jangkitan adalah mengikut jaringan sosial iaitu seorang individu dijangkiti ke tempat kerja dan pulang ke rumah bersama ahli keluarga. Ahli keluarga pula ke tempat kerja masing-masing dan menjangkiti rakan sekerja," katanya.

Justeru, katanya, majikan perlu bertanggungjawab menyediakan prasarana selamat di tempat kerja antaranya sistem pengudaraan yang baik, penjarakan fizikal dan mewajibkan saringan kepada kakitangan.

Selain itu, Dr Sazaly berkata, adalah lebih baik jika ujian saringan menggunakan RTK Antigen (RTK-Ag) dilakukan secara menyeluruh melalui pembabitan klinik swasta dan farmasi seluruh negara.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini hanya melaksanakan saringan bersasar iaitu menumpukan kepada kawasan berlaku jangkitan dan kontak rapat kes positif.

Beliau berkata, langkah mendemokrasikan pengesanan itu akan membantu mengesan lebih ramai individu yang dijangkiti Covid-19 dan mengawal penularan jangkitan dalam komuniti.

Menurutnya, pemberian vaksin juga perlu dipercepatkan kepada semua rakyat di negara ini terutama golongan berusia 50 tahun ke atas.

Semalam, kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 kembali menunjukkan trend peningkatan apabila merekodkan 1.09 berbanding 1.07 pada hari sebelumnya.

https://www.hmetro.com.my/.../kes-positif-covid-19-boleh...

 

No comments: