TAK RASA MALUKAH ? SIKAP PENTINGKAN DIRI ORANG INI DIKECAM.NAK BUKA KEDAI RUNCIT ATAU TAMAK UNTUK DIRI SENDIRI? LIHAT VIDEO



Food bank atau pusat bekalan makanan kini sudah menjadi satu budaya baru yang tumbuh lebat di sekitar Malaysia. Tujuan tempat ini diwujudkan adalah bagi membantu mereka yang memerlukan dan dalam masa yang sama meringankan beban kos barangan yang kian meningkat. Keluarga yang tidak mempunyai wang untuk membeli makanan boleh terus ke pusat bekalan makanan untuk mengambil apa yang perlu sahaja seperti beras, telur dan sardin.

Dalam pada baiknya inisiatif yang diwujudkan oleh sesetengah rakyat Malaysia untuk meringankan beban rakyat Malaysia yang lain. Pasti ada yang ingin mengambil kesempatan. Ini terbukti benar apabila tular di sosial media sebuah video di mana sekumpulan manusia yang ‘tamak’ dan pentingkan diri. Mereka bukan sahaja ambil apa yang perlu sahaja, malah mengambil lebih dari itu.

Dalam video yang berdurasi 1:00 minit lebih tersebut, kelihatan tiga orang dipercayai dari keluarga yang sama mengambil barang yang tersedia di pusat bekalan makanan secara berlebih-lebihan. Mereka dilihat memasukkan barang makanan yang disediakan percuma itu ke dalam beg plastik dengan jumlah yang banyak. Tindakan tiga orang ini jelas telah menyalahi misi utama pusat bekalan makanan itu diwujudkan iaitu ‘ambil apa yang perlu sahaja dan beri ikut kemampuan anda’.

Hakimy Looi, individu pertama yang dipercayai memuat naik video tersebut sebelum ia tular di Twitter dan Instagram berkata di dalam hantarannya, “Maaf saya hanya tuju pada beberapa individu dalam CCTV ni…. Jangan kerana hangpa macam ni kami yang turun padang ke hulu-hilir tolong sana tolong sini – risikokan diri kami untuk membantu, jadi kecewa dan nak marah sangat…. JANGAN PENTINGKAN DIRI! FOOD BANK HANYA AMBIL APA YG PERLU SAHAJA BKN AMBIL SEMUA!”

FACEBOOK – HAKIMY LOOI

Tindakan ini bukan sahaja dikecam oleh Hakimy Looi, malah ia turut mendapat perhatian warganet yang lain. Sebahagian daripada mereka mengecam tindakan keluarga ini yang mengambil barangan makanan yang disediakan secara percuma kepada orang yang memerlukan secara berlebih-lebihan. Warganet yang hadir ke bahagian komen semuanya bersetuju bahawa tindakan mereka ini tamak dan tidak memikirkan orang lain.

Sejak video ini tular dan dimuat naik semalam, ia telah berlegar di beberapa media sosial yang lain. Video yang berdurasi 1:16 minit ini telah dikongsi lebih dari 2,000 kali dan telah mendapat reaksi lebih 2,200 rakyat Malaysia. Video ini juga telah berlegar di Twitter, Instagram, malah YouTube.

Diharapkan bahawa perkara ini dapat menjadi pengajaran buat sebahagian rakyat Malaysia. Jika benar kita dalam kesusahan dan berada dalam situasi yang sangat memerlukan, ambil sahaja apa yang perlu. Tindakan tamak ini bukan sahaja merugikan diri, tetapi ia juga memberi kesan kepada mereka yang susah dan dilanda kesusahan hidup sepanjang pandemik COVID-19.

Sumber: Vocket

No comments: