MUHYIDDIN AKAN TERUS DALAM TEKANAN

 

Ada dua sebab orang PPBM meroyan. Pertama, UMNO tarik sokongan kepada Perdana Menteri. Muhyiddin adalah Presiden PPBM. Itu jejas maruah mereka.

Mereka bimbang jika Kerajaan PN tumbang, mereka hilang kedudukan dan jawatan.

Itu berlaku di Johor, Melaka, Perak dan Kedah. Apabila Kerajaan PN jatuh ramai orang PPBM hilang jawatan Exco, GLC negeri, ahli Majlis dan Ketua Kampong.

Kedua, mereka meroyan kerana jawatan TPM diberi kepada UMNO. Kenapa tidak bagi pada Azmin dan Hamzah?

Kenapa UMNO diberi keistimewaan? Mesti ada orang PPBM tidak berpuasa hati. Itu bunuh parti sendiri.

Muhyiddin akan berdepan pemberontakan dari dalam. Muhyiddin akan dituduh mahu lepas tengkuk sendiri. Orang sendiri terkapai kapai.

PAS juga meroyan. Hempas pulas pertahan Kerajaan PN. Tetapi jawatan “Menteri Kanan” pun tidak merasa.

Makin kuatlah tekanan kepada PM 8 untuk letak jawatan.

DR. PUAD ZARKASHI

Ahli MT UMNO.