Panas! Zolkharnain dedah menteri berbohong, mana ada minyak masak paket berjenama harga murah

 


Panas! Zolkharnain dedah menteri berbohong, mana ada minyak masak paket berjenama harga murah

Sepanjang ingatan saya, hampir setiap minggu pergi pasaraya beli barang dapur bersama isteri semenjak sekian lama, tak sampai 5 kali saya jumpa minyak masak paket berjenama seperti dlm botol.

Kalau saya jumpa, memang saya beli minyak masak paket, dengan syarat, minyak masak berjenama.

Selalunya minyak masak paket jenamanya entah apa². Roda Terbang, Kuda Padi, Ros Hitam, Basikal dan macam².

Setakat yg saya tahu, itu adalah minyak masak kitar semula. Saya tak beli walaupun jauh lebih murah drpd minyak masak dlm botol.

Apabila menteri sebut tentang begitu banyak minyak masak paket berjenama dan berharga murah dlm pasaran, saya nak tanya, mana minyak masak paket tu? Pasaraya mana yg ada jual?

Kenapa saya sangat² jarang jumpa minyak masak paket berjenama semasa tinggal di Perlis, Selangor dan kini di Perak? Saya juga kerap singgah pasaraya besar di negeri lain, tak pernah jumpa pun!

Dimana nak beli minyak masak paket berjenama wahai Pak Menteri? Jika di pasaraya besar pun tak ada minyak masak paket berjenama, di kedai runcit biasa lagilah tak ada.

Saya fikir menteri berkaitan hanya temberang berkaitan kewujudan minyak masak paket berjenama utk menutup kelemahan kenaikan harga minyak masak begitu ketara.

Kalau ada minyak masak paket berjenama berharga murah seperti yg menteri sebut, buat apa pengguna jadi bodoh nak beli minyak masak dlm botol yg lebih mahal?

Jika nak tutup kelemahan, tak payah berbohong. Jika nak berbohong, jgn sampai orang tahu. Sudahlah menteri berbohong, lebih malang orang tahu pula menteri berbohong.

No comments: