KAH.....YANG KIRI KANAN DEPAN BELAKANG PUNGGAH RETA TAK PENING KE?

 

Mengapa Raja Melayu perlu adakan perbincangan khas, soal Najib




Selain tidak mahu orang kaya menjadi semakin kaya, Najib Razak berkata beliau juga mementingkan kebertanggungjawaban antara kerajaan dan rakyat.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan mengapa Istana perlu mengadakan perbincangan khas dengan semua Raja-Raja Melayu untuk membincangkan usaha memerangi Covid-19 ketika darurat.

Dalam catatan di Facebook, Najib berkata mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan pelaksanaan usaha kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerangi Covid-19 dalam tempoh darurat sehingga Istana perlu menganjurkan satu sesi perbincangan khas Raja-Raja Melayu.

Katanya, perbincangan khas sebelum ini adalah pada 25 Okt 2020, juga di Istana Negara.

“Pada tarikh itu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tolak cadangan darurat dibawa kerajaan PN selepas Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu,” katanya.

Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu akan diadakan pada Rabu depan, dan akan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini berkaitan dengan usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Awal hari ini, Najib menjelaskan dasar yang diamalkannya sepanjang menjadi perdana menteri keenam, sambil menegaskan bahawa beliau menginginkan sebuah masyarakat yang lebih setara dan adil.

Dalam temu bual di YouTube itu, beliau mahu merapatkan jurang antara yang kaya dan yang miskin kerana beliau tidak menyokong mereka yang kaya menjadi lebih kaya dan yang miskin menjadi lebih miskin.

“Saya prihatin tentang semua ini, dalam hati saya, saya mahukan masyarakat yang lebih adil,” katanya.

Najib berkata, keutamaannya adalah rasa bertanggungjawab terhadap negara dan rakyat Malaysia.

“Saya akan berbincang dengan setiap menteri pada setiap suku tahun kerana saya pentingkan kad laporan, dan setiap tahun saya akan bentangkan kad laporan kepada negara.

“Saya ingin beritahu semua tentang apa yang telah kita capai contohnya berapa jalan raya telah kita bina, berapa banyak kampung telah terima bekalan air dan elektrik, dan bagaimana pula dengan kemiskinan, dan usaha menaikkan tahap pendapatan dan juga Pekali Gini untuk negara,” katanya.

“Jika anda tidak ada arah tiada visi dan tidak memberikan hasil, tempoh anda sebagai pemerintah sangatlah sekejap,” katanya.

No comments: