COVID-19 dan IVERMECTIN (IVM)

 



FB ZUS DIN

KENAPA KAJIAN YANG PERNAH disebut oleh KPK sedang dalam kajian KKM sejak 26 Januari 2021 baru sahaja menjalani ujian klinikal yang dikatakan diluluskan pada 25 May 2021?

Mereka yang "anti" dengan IVM sering mengatakan bahawa ia ubat anti parasit bagi haiwan. Mereka enggan menceritakan bahawa itu adalah pada tahun 1970an.

Pada tahun 1980an IVM telah "evolved" dan "reproduced" untuk kegunaan MANUSIA. Kenapa mereka cuba sembunyikan fakta ini? Baca FAKTA dan sejarah mengenai IVM, iaitu ubat yang ditemui saintis JEPUN di sini : https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3043740/

Mungkin anda tahu kenapa begitu perlahan kajian diteruskan ke atasnya sehingga ada yg membuat laporan polis berkait ini. Sementara "DALAM KAJIAN" agaknya berapa ramai lagi akan TERKORBAN?

Wallahualam.

- Zus Din

09 June 2021

********************

Di bawah adalah tulisan Nora Jane Yi-Linn Kaur bekas pesakit COVID-19 yg pernah dirawat dgn IVM di Uganda.

Baca ini....

Selepas baca status Dr Suriya Osman pasal ubat untuk covid-19 -- Ivermectin.

Saya baru teringat di Uganda, sewaktu disahkan positif covid19 saya dirawat dengan ubat Ivermectin. Bila baca status kawan kawan pasal kritikan terhadap ubat tu kenapa tak diguna di Malaysia, it sounds fishy sikit. (Rujuk gambar)

Bila saya tanya salah seorang doktor kat sini, ada tiga jenis ubat yang WHO cadangkan untuk seluruh dunia guna rawat covid. Tapi doktor disini, tak follow sangat WHO kerana bagi mereka WHO adalah *hurmmmm*. Tak boleh tulis negatif. Selebihnya doktor (graduate dari negara dunia ke 3 je bak kata sesetengah kita yang suka ehem ehem sikit bila bab Afrika ni!!) berkata kita juga perlu buat analisa sendiri mengikut reaksi pada pesakit bukan semata mata baca buku dan telan apa buku tulis ( buku = WHO ). Ye, pengalaman dan pemerhatian ini adalah di negara dunia ketiga!!!

Salah satu ubat dicadang oleh WHO, tidak diguna disesetengah hospital disini (Uganda) kerana selepas para doktor disini menganalisa effect pada pesakit, mereka 'decide' untuk 'langgar' apa yang WHO cadangkan.

Term term lain pasal medical ni saya tak reti. Cukuplah saya kenal seorang doktor disini yang mampu saya berdiskusi kenapa guna Ivermectin dan kenapa tolak cadangan WHO suruh guna hydroxychloroquine.

Saya faham WHO mungkin jadi buku rujukan utama. Pernah tak kita jumpa lecturer kita jenis kaki buku sahaja tapi tak mampu berflexible dalam satu satu kes/masalah ? Jadi robot ke?

Gambar satu, semalam saya baca di status Dr Suriya pasal perbincangan ni. Gambar kedua, list drugs yang saya terima di Uganda sewaktu terkena covid19 ( dan list ni bukan list penuh drugs yang saya terima, ada satu lagi list dimana saya kehilangan bil nya, kalau saya jumpa saya upload semula )

Uganda is my second home, saya suka flexibility disini yang ditunjuk para doktor dan kakitangan dalam merawat covid-19. Tapi, saya juga rindukan Malaysia kerana tak ada negara lebih baik dari negara tanah tumpah kita sendiri.

Sebab itu saya sengaja berkongsi ni mungkin boleh dijadikan empowerment pada sesetengah think tank kita, jika para analisa/doktor dari negara dunia ke 3 boleh menjadi sedikit flexible demi kesan lebih baik pada pesakit, apa salahnya kita perbaiki sistem yang ada.

Nota : oh ya, disini ( Uganda ) pesakit covid-19 tidak semata mata diurus di hospital kerajaan bahkan hospital swasta juga bekerjasama dengan hospital kerajaan.

Nota 2 : saya disahkan positif covid19 pada 18th May dan disahkan negatif covid-19 pada 30th May.

Nota 3 : Update - ivcm yang diberikan pada saya adalah 12mg/day untuk 5 hari.

Yang benar,

Saya bukan doktor.

(Nora Jane Yi-Linn Kaur)