Mat Sabu kini “tak walak” Mahathir, bantah Mageran

 

Terkini! Mat Sabu kini “tak walak” Mahathir, bantah Mageran


Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menegaskan partinya menolak penubuhan sebuah badan seperti Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti dicadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Menteri Pertahanan itu berpendapat Mageran seperti satu lagi siri darurat yang jelas tidak berkesan dalam memerangi pandemik.

“Perjuangan kita adalah untuk menamatkan darurat yang terbukti gagal menangani Covid-19 dan merosakkan sistem demokrasi.

“Kenapa perlu kepada darurat 2.0 (Mageran)? AMANAH kekal menolak darurat,” tegasnya menerusi Twitter sebentar tadi.

Reaksi Mohamad itu susulan penegasan Tun Dr Mahathir Mohamad petang ini yang berpendapat Mageran mampu menyelesaikan masalah pandemik, politik, ekonomi dan sosial kesan penularan Covid-19.

Walau bagaimanapun, Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu mengakui tidak pasti bagaimana pendirian parti lain berhubung cadangan Mageran 2.0 yang telah disampaikannya kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

“Itu (Penubuhan Mageran) pendapat kamilah, sama ada boleh atau tidak, tidak tahulah.

“Tapi kami biasalah kendalikan krisis-krisis yang serius dan mendapat kejayaan. Tapi saya tidak tahu parti lain, bagaimana pendapat mereka,” ujarnya lagi.

No comments: