PETALING
JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan satu lagi rekod tertinggi 7,478 kes
baharu Covid-19.
Rekod
sebelum ini ialah 7,289 kes baharu yang dicatatkan semalam.
Ketua
Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah jangkitan harian
kini mencecah 533,367 kes.
Selangor
terus mencatatkan kes harian tertinggi, dengan 2,455 kes.
Ini
disusuli Kuala Lumpur (760), Sarawak (640), Johor (587), Kelantan (547), Kedah
(542), Pulau Pinang (420), Negeri Sembilan (370), Perak (264), Melaka (230),
Sabah (229), Terengganu (177), Pahang (171), Labuan (49), Putrajaya (29) dan
Perlis (8).