KAU LOYAR BUROK LAGI- HAAA..TEPUK...DARI KERAJAAN KENA BEDAL,BAIK KAU DIBUANG.Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan serta-merta - Kementerian Kewangan

 

Hasimi Muhamad
Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan serta-merta - Kementerian Kewangan
Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kewangan selepas satu surat bertarikh 26 Mei yang dihantar kepada Tajuddin tular di laman sosial, hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) ditamatkan serta merta.
Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kewangan selepas satu surat bertarikh 26 Mei yang dihantar kepada Tajuddin tular di laman sosial, hari ini.
"Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa kuasa serta-merta.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat," demikian menurut surat tersebut, hari ini.
Sementara itu, pegawai khas Ahli Parlimen Pasir Salak itu ketika dihubungi Astro AWANI turut mengesahkan surat berkenaan.
Tajuddin dilantik sebagai Pengerusi Prasarana berkuatkuasa 11 Mei 2020.
Beliau menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim, yang meletakkan jawatan pada 7 Mei 2020.

No comments: