VIDEO - BIADAP DAN TIDAK SENSITIF INSIDEN KEMALANGAN LRT PENGARAH PILIHAN RAYA UMNO, TAJUDIN DIDESAK LETAK JAWATAN PENGERUSI PRASARANA

 

 

KUALA LUMPUR – Majoriti rakyat Malaysia tampil mengecam Pengerusi Prasarana Nasional Berhad (Prasarana) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kerana tidak sensitif terhadap 213 mangsa yang terlibat dengan kemalangan membabitkan dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru, pada Isnin malam.

Tajuddin Abdul Rahman turut dikenali sebagai orang kuat kepada Dato’ Sri Zahid Hamidi dan Najib Razak juga adalah Pengarah Pilihan Raya UMNO, dalam satu sidang media (kelmarin) beliau dilihat seolah-olah tidak memandang serius kejadian kemalangan tersebut.

Apabila wartawan mengajukan soalan kepada Tajudin ““What is the situation in the tunnel? (bagaimanakah situasi di dalam terowong?)”Tajudin menjawab, “Normal..only the 2 cars together. They kiss each other (normal.. hanya dua kereta bersama, mereka bercium satu sama lain)”.

Video Player
00:00
00:27

Dalam sesi sidang media itu juga Tajudin dilihat turut memperlekehkan dan berlaku biadap terhadap wartawan daripada China Phoenix TV.

Tajuddin telah bertanya kepada wartawan “where are you from
(awak dari mana)?”. Wartawan itu menjawab “China”, lantas Tajudin membalas pula “China, no wonderlah (patutlah).”

Video Player
00:00
00:06

Seorang pendakwah bebas Firdaus Wong turut memuat naik kritikan terhadap Tajuddin melalui laman sosial Facebook miliknya “apakah 200 lebih individu yang tercedera dengan 6 kritikal itu sesuatu yang kelakar baginya (Tajudin)?

Sumber foto dipetik daripada Facebook rasmi milik Firdaus Wong….

Dalam pada itu petisyen mendesak Tajuddin meletak jawatan sebagai Pengerusi Prasarana turut mendapat sambutan. Sehingga kini menghampiri 20 ribu tandatangan berjaya dikutip bagi menyokong kempen tersebut.

Pautan link petisyen kempen letak jawatan Tajuddin seperti berikut:
https://www.change.org/p/prasarana-letakjawatantajudin?recruiter=false&recruited_by_id=b7aa81c0-bd6a-11eb-b24e-5783b890c23a

Berikut adalah antara beberapa lagi komen para netizen di media sosial yang menzahirkan rasa marah berhubung isu ini;



No comments: