PEDULI APA UMNO KATA, ' NO ANWAR, NO DAP, NO BERSATU' ? KEADILAN PUN ADA SLOGAN ' NO MAHATHIR, NO PEJUANG, NO PENGKHIANAT"

 



May be an image of text that says "Selamat Bermesyuarat MATC KEADILAN |0| Jangan Lupa!! X Bawa usul desak KEADILAN tolak kerjasama dengan Mahathir!!"



Timbalan Ketua Pemuda Amanah ingatkan Anwar agar buat pendekatan lain dalam PH setelah jelas Umno sebut, " No Anwar, No Dap dan No Bersatu".

Apa yang Timbalan Ketua Pemuda Amanah ini merepek? Apa kaitan pendirian Umno dengan pendekatan serta prinsip yg dibawa oleh Anwar dalam PH? Semenjak bila Anwar bergantung dengan keputusan atau dasar Umno? Peduli apa Umno tolak Anwar pun kerana berkali2 Anwar sebut samada Keadilan mahupun PH tidak pernah berurusan dengan Umno.

Usahkan Umno, Mahathir yang korang sanjung tu pun dah lama tolak Anwar. Ada Anwar hairan? Imej Anwar sikit pun tak terjejas dengan apa jua keputusan Umno.

Apa yang penting, jika Umno ada slogan 'No Anwar, No Dap, No Bersatu", kami dalam Keadilan pun ada slogan ' No Mahathir, No Pejuang, No Pengkhianat".

WFAUZDIN NS