DAKWAAN HUSAM ADA ASAS?

 

Nota Senja



May be an image of 1 person and indoor


Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini telah menolak saman Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) terhadap Sen Husam Musa berkaitan pertikaian Husam terhadap satu tander dikeluarkan oleh syarikat itu kepada kontraktor yang meragukan.

Kerana tidak senang dengan isu dibangkitkan Husam AKSB bertindak menyaman bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan itu untuk membersihkan diri.

Husam menyoal apakah tander itu dibuat secara telus atau pun tidak, kerana dari maklumat diperolehinya proses tander itu itu meragukan.

Kesimpulannya keputusan dibuat hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh itu setiap pendedahan dan pertikaian oleh Husam terhadap beberapa isu penyelewengan dan salah laku dalam kerajaan Kelantan sebelum ini ada asasnya. Sebelum ini Husam banyak mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan Kelantan.

Sebaik baiknya jika sesuatu tuduhan itu dibuat, pihak kerajaan tidak mudah dan terburu-buru mengambil tindakan kepada individu membangkitkannya. Sebaik-baiknya periksa dan buat siasatan dalaman terlebih dahulu. Kerana bila dibawa ke mahkamah dan kalau ia didapati benar atau ada kes tindakan itu memalukan kerajaan negeri yang mengaku mentadbir beradaskan Quran dan Hadith.

Mahkamah tidak boleh dijadilan aling-aling oleh kerajaan negeri untuk menunjukkan dirinya bersih. Kebersihan itu perlu dipraktikan bukan diretorikkan.

Apa yang berlaku perlu diambil pengajaran semua pihak. Trims.

 

No comments: