KENYATAAN MEDIA KETUA PEMBANGKANG BERKAITAN KELULUSAN BELANJAWAN TAMBAHAN

 

May be an image of 1 person and text that says ".......... Pemerintah memberikan hujah bahawa Pengisytiharan Darurat hanya bagi melawan dampak wabak. Namun, apa yang terserlah adalah ia digunakan untuk menggugat masyarakat madani, menekan kebebasan bersuara dan menjarah kantung negara. 31 Mac 2021 Anwar Tbrihin Presiden Keadilan Ahli Parlimen Û Port @anwaribrahim_ keadilan @anwaribrahim_n @anwaribrahim Anwar ÛaIbrh"



KENYATAAN MEDIA

31 Mac 2021

Laporan terkait cubaan kerajaan Perikatan Nasional mahu meluluskan belanjawan tambahan tanpa penelitian oleh Parlimen atas alasan darurat semakin menyerlahkan motif sebenar mereka.

Pemerintah memberikan hujah bahawa Pengisytiharan Darurat hanya bagi melawan dampak wabak. Namun, apa yang terserlah adalah ia digunakan untuk menggugat masyarakat madani, menekan kebebasan bersuara dan menjarah kantung negara.

Tidak ada sebarang sebab untuk pemerintah ini bertindak sebegini. Belanjawan 2021 telah diluluskan kurang dari empat bulan dulu yang telah memperuntukkan dana yang cukup bagi menghadapi COVID-19. Sebarang dana tambahan akan diluluskan oleh Parlimen dengan majoriti yang jelas, dan berkemungkinan akan mendapat dukungan kedua-dua belah pihak sekiranya ia munasabah.

Saya menentang langkah ini. Saya merasakan ia cukup tidak beretika dan tidak bertanggungjawab. Reputasi negara sangat memprihatinkan saat ini, dan ia pasti akan terus menghakis keyakinan pada ekonomi kita.

Saya sekali lagi menggesa agar Parlimen mesti dibuka dan Ahli-ahli Parlimen wajar dibenarkan menjalankan tanggungjawab mereka bagi mengelak demokrasi negara ini terus diinjak.

ANWAR IBRAHIM

 

No comments: