‘Jangan rembat kuasa Parlimen luluskan belanjawan tambahan’ – Guan Eng

 


Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mengingatkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin agar tidak merampas kuasa Parlimen untuk meluluskan Belanjawan (Perbekalan) Tambahan.

Ini selepas media melaporkan kerajaan Muhyiddin meluluskan satu undang-undang yang membenarkan perdana menteri, ketua menteri atau menteri besar meluluskan perbelanjaan tambahan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui legislatif sepanjang penguatkuasaan darurat.

“Adakah prinsip demokrasi, akauntabiliti awam dan ketelusan masih wujud sekiranya kuasa menentukan segala-galanya yang melibatkan puluhan bilion ringgit wang rakyat terletak dalam tangan seorang individu? 

“Jangan rembat kuasa Parlimen untuk meluluskan Belanjawan (Perbekalan) Tambahan. Kembalikan kuasa rakyat. Buka semula Parlimen dengan segera!” tegas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini. 

Menurut Malaysiakini, menerusi ordinan tersebut, Perbendaharaan Malaysia, menteri besar atau ketua menteri boleh menambah perbelanjaan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan masing-masing tanpa kelulusan wakil rakyat.

Ini bukan kali pertama kerajaan Muhyiddin meluluskan ordinan yang mengundang kritikan pelbagai pihak. 

Sebelum ini, Ordinan Berita Tidak Benar diluluskan sehingga menimbulkan kebimbangan mengenai kebebasan media dan hak bersuara masyarakat. 




No comments: