Mahkamah Tinggi tolak permohonan Abdul Azeez batal tuduhan rasuah, ubah wang haram


Haaaa...hang cakap pandai masa dalam dewan dulu. Laa..hang dapat habuan untuk menjawab....


Fauzi Suhaimi
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Abdul Azeez batal tuduhan rasuah, ubah wang haram
Abdul Azeez berdepan tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan nilai hampir RM140 juta. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim supaya dibatalkan 13 pertuduhan yang dihadapinya berhubung kes rasuah projek jalan raya di Perak dan Kedah, serta pengubahan wang haram.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Muhammad Jamil selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad dan peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) itu.
Muhammad berkata, keputusan dibuat selepas menilai alasan yang dikemukakan pemohon (Abdul Azeez) adalah defektik, mala fide dan bertentangan dengan polisi awam, selain bermotifkan politik dan tidak berasas.
Ahli Parlimen Baling itu menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan nilai hampir RM140 juta.
Pertuduhan rasuah didakwa dilakukan di Bank CIMB cawangan Menara UAB, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada 8 Dis 2010, dan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 Apr 2018.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abdul Azeez didakwa melakukan kesalahan itu di Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.
Pada 23 Feb lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi Abdul Azeez adalah cacat, tidak berasas dan dibuat dengan niat jahat atau mala fide.
Peguamnya, Amer Hamzah Arshad dalam hujahannya berkata, pertuduhan pertama di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM adalah cacat kerana ia menggabungkan dan melibatkan empat projek berlainan dalam satu pertuduhan.


No comments: