Husam bakal bertanding di Gombak lawan Azmin atas tiket PKR?

 


Husam bakal bertanding di Gombak lawan Azmin atas tiket PKR?

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Husam Musa menyerahkan keputusan kepada pucuk pimpinan parti itu, sama ada beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Husam yang juga Ketua Amanah Kota Bharu itu, berkata beliau mengikut arahan yang ditetapkan pucuk pimpinan sekiranya parti berasakan calon muda serta ‘kuat’ lebih sesuai untuk bertanding PRU15 berbanding beliau.

“Sekiranya betul apa yang dispekulasikan, kita tengoklah macam mana…saya ini hanya ikut perintah sahaja. Kalau ada individu yang lebih muda dan kuat daripada saya…saya tak bertanding pun tak apa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada 25 pemandu teksi yang terjejas akibat pandemik Covid-19, hari ini.

Husam mengulas spekulasi di media sosial yang tular baru-baru ini, mendakwa beliau akan bertanding di kawasan Parlimen Gombak di bawah tiket PKR bagi menentang bekas Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang kini ahli Bersatu.




No comments: