TIDAK JEMUKAH KHALID SAMAD DENGAN SANDIWARA MAHATHIR?

 

May be an image of text that says "FMT T HOME NEWS BERITA CARZILLA OPINIO "Namun,walaupun Amanah tidak menghalang Anwar untuk cuba (dapatkan sokongan Ahli Parlimen), memandangkan dia juga kenal Ahli- ahli Parlimen Umno dahulu bagi kami, pendekatan lebih mastap dan kemungkinan capai kejayaan ada hafie dan Syed Saddiq," kata beik h Mahathir"


Saya petik kenyataan YB Khalid Samad. Di dalam tulisannya, dia kata Anwar masih gagal jadi PM kerana di kalangan MP Umno yang mahu sokong Anwar tidak berani nyatakan secara terbuka.

Betul, aku setuju. Sokongan secara terbuka di hadapan rejim perasuah dan pengugut adalah satu tindakan bodoh. Adalah lebih baik sokongan itu dizahirkan disaat berlakunya undi tidak percaya di Parlimen. Masalahnya, mengapa Parlimen tidak boleh bersidang? Tentu ada sebab yang dibimbangi. Yang pasti bukan kerana Covid sangat pun.

Satu lagi jalan adalah melalui SD ke Istana. Anwar telah pun menghantar surat ke Istana untuk mohon mengadap Agong. Bijaknya Anwar, dia tidak beri senarai nama kepada Istana untuk keselamatan MP2 berkenaan sehingga Agong sendiri dapat memanggil semua MP untuk pengesahan. Kita semua tahu proses itu tergendala. Anwar menghantar lagi surat ke Istana untuk memohon mengadap bersama SD-SD yang beliau ada, namun masih terbantut.

Berbagai usaha telah dilakukan. Anwar tidak memilih untuk meminta sesiapa yang menyokongnya untuk membuat kenyataan terbuka kerana Anwar tahu beliau sedang berhadapan dengan siapa. Sekarang pun mereka sibuk berjual beli MP dan ugut mengugut. Bodohlah sesiapa yang buat pengakuan terbuka sokong Anwar. Mahathir juga di antara yang paling berminat mahu tahu siapa yang sokong Anwar.

Anwar tidak kisah pun sesiapa yang tolak atau sokong beliau. Tiada jual beli maruah dan jawatan ditawarkan oleh Anwar. Sebab itu tidak pelik beliau masih gagal untuk jadi PM di kala Muhyiddin amat lemah. Anwar bukan kemaruk mahu jadi PM sehingga sanggup jual prinsip. Sesiapa saja boleh sokong beliau asalkan sanggup terima reform.

Sekali lagi YB Khalid sebut nama Mahathir untuk dibawa masuk lagi dalam PH. Sori...kami akan tentukan keparat tua itu tidak berada dalam PH. Cukuplah dia khianat sekali. Masih tidak puas lagikah Khalid melihat Anwar dikhianati oleh si tua kutuk ini? Khalid tak jemukah menonton sandiwara pelakun munafik ini?

WFAUZDIN NS

 

No comments: