Perhimpunan Agung Umno pada 27, 28 Mac.Kalau datang goyang telor , bakal berkubor...

 

Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan berlangsung 30 dan 31 Jan lalu ditangguhkan susulan perisytiharan darurat dan pelaksanaan PKP.

PETALING JAYA: Perhimpunan Agung Umno, yang bakal menentukan hubungan parti itu dengan PPBM dalam Perikatan Nasional, akan diadakan pada 27 dan 28 Mac ini.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, perhimpunan itu akan diadakan secara bersemuka dan maya.

“Segala SOP perintah kawalan pergerakan, PKP bersyarat dan PKP pemulihan akan dipatuhi,” katanya dalam kenyataan.

Pada 18 Jan lalu, Ahmad dilaporkan berkata, Perhimpunan Agung Umno tahun ini yang dijadualkan berlangsung 30 dan 31 Jan lalu ditangguhkan susulan perisytiharan darurat dan pelaksanaan PKP.

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan pada 7 Jan lalu dilaporkan berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan usul menamatkan hubungan dengan PPBM dan mempertahankan kerjasama dengan PAS akan dibawa ke perhimpunan agung parti itu, seperti diperuntukkan dalam perlembagaan Umno.

Dua usul itu diutarakan selepas mesyuarat Umno bahagian mencadangkan pilihan raya umum ke-15 diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun ini bagi membolehkan mandat dikembalikan kepada rakyat, tertakluk kepada situasi krisis Covid-19.

No comments: