Tahniah JAS! Usaha hantar pulang sisa plastik raih anugerah antarabangsa

 

Oleh B. Suffian

Mantan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) atas penganugerahan Asia Environmental Enforcement Awards 2020 daripada United Nations Environment Programme (UNEP). 

Anugerah itu mengangkat usaha JAS menghantar pulang sisa plastik haram dan menutup banyak tempat kitar semula plastik haram.

UNEP dalam satu kenyataan media pada 17 Februari lalu menyebut tentang tindakan JAS menghantar pulang 42 kontena sisa plastik haram pada November 2019, menerusi kerjasama rapat Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dan pihak-pihak berkuasa dari United Kingdom (UK). 

“Kerajaan Malaysia telah menyasarkan untuk menangani kebimbangan bahawa negara itu adalah salah satu daripada pengimport sisa plastik dunia. 

“Sebagai hasil daripada langkah diambil oleh bahagian penguatkuasaan dalam Jabatan Alam Sekitar, lebih 200 kontena sisa plastik haram telah dihantar pulang dan banyak tempat kitar semula plastik haram telah ditutup,” kata kenyataan UNEP tersebut. 

Tangkap layar kenyataan UNEP pada 17 Februari lalu

Bee Yin merupakan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada Julai 2018 hingga Februari 2020.

Ahli Parlimen Bakri itu memberitahu, penganugerahan ini perlu dijadikan peringatan kepada semua bahawa Malaysia bukanlah ‘terlalu kecil’ untuk melawan keganasan alam sekitar (environmental terrorism).

Beliau berharap, usaha jabatan itu dapat memberi inspirasi kepada negara-negara membangun dan duna ketiga lain untuk menentang pembuangan sampah asing serta memberi suara lebih lantang dan penelitian antarabangsa terhadap pergerakan sampah merentas sempadan.

“…ini sehingga dunia secara keseluruhan akan menjadi lebih hijau dan baik pada masa depan,” katanya. – Roketkini.com

Baca kenyataan media UNEP DI SINI

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Anwar doesn’t rule out possibility of working with Umno