NASIB KITA BERBEZA...INSAFLAH

 

May be an image of child

 

NORMAN RADZUAN


Nasib seseorang berbeza beza. Org miskin disuruh menjaga kesihatan mengikut SOP... tapi bila PKP bagaimana, mahu membeli 'mask' pun mereka tidak mampu. Sebab itu ketua keluarga mereka memohon dibenarkan mereka berniaga dan bekerja utk mencari RM 20-30. Mereka bukan mahu menjadi kaya tapi mereka sekadar mahu membeli makanan untuk anak-anak mereka keesokan harinya.

 

Jika kita menutup ekonomi yang berniaga kecil kecilan hilang sumber pendapatan. Yang bekerja di warung-warung  sebagai pencuci pinggan tiada sudah pekerjaan. Jadi bagaimana mereka ingin menjaga kesihatan sedangkan tiada apa yang hendak dimakan. Ingat ... mereka ini lebih rela mati kerana sakit daripada mati kelaparan.

Kalian yang menutup ekonomi ini gaji puluhan ribu. Side income barangkali puluhan juta. Tutup tidak tutup ekonomi kalian tetap ada makanan untuk 50 tahun lagi hingga ke anak cucu. Kalian masih boleh bercuti ke luar negara dan shopping sana sini. Anak-anak kalian masih boleh menunjuk nunjuk kemewahan di IG atau Tik Tok.

 

Jadi kepada kawan-kawan kalau bukan untuk diri kita... tulislah dan pejuangkanlah nasib orang-orang miskin kerana itu juga yang dituntut agama. Orang-orang  kaya tidak perlu dibela... Jika kita diam mereka yang susah ini mungkin ada yang mati kelaparan. Jiwailah keperitan kehidupan org lain.

 

Semoga penulisan kalian membela orang-orang yang dalam kesusahan akan mendapat pahala sedekah di sana nanti. Ameen. Jgn asyik mendongak ke langit dan asyik mengejar dunia ini...Utk menginsafi dan rasa bersyukur lihat org yg susah... jangan selalu duduk dengan orang-orang yang kaya sahaja takut nanti kita terlupa ada anak-anak kecil yang kelaparan.