BAB 3 MEMAHAMI PRINSIP PERJUANGAN ANWAR (MSO) PART 3

 



BAB 3 MEMAHAMI PRINSIP  PERJUANGAN ANWAR (MSO) PART 3

 



Sebagai seorang insan yang sangat menekankan soal keadilan sosial, ehsan dan insaniyah menyebabkan beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana orang yang cuba memperlakukan kebejatan itu, kepada mana-mana kaum jua. Makanya sesiapa sahaja memunggah harta rakyat untuk dimasukkan ke dalam baloh kemewahan, akan ditentangnya habis-habisan. Penentangan beliau pertama kali terhadap Dr Mahathir Mohamad sehingga akhirnya beliau dibenci dan diserang oleh Mahathir hingga ke hari ini adalah kerana prinsip akauntabiliti dimilikinya itu.

Dengan mengambil kira konsep dan terjemahan itu memperlihatkan perjuangan Anwar mengenai Melayu itu dilihat dalam hakikat yang universal dan luas. Nah, begitu juga dengan keprihatinannya kepada agama. Beliau tidak menghiasi dirinya dengan budaya, costum, adat dan tradisi pakaian yang diperindah dengan Islam, seperti budaya. Arab.

Beliau tidak memakai serban atau kopiah sebagai tanda warak kerana yang penting adalah syariat dan ajaran Islam itu sendiri. Menegakkan keadilan dan kesaksamaan itu natijah akhirnya. Dalam konteks ini Anwar lebih melihat kepada isi dan hakikat ajaran Islam itu daripada mementingkan kulit yang nampak indah tetapi buruk dan kohong.

Beliau mengangkat martabat Islam itu dalam bentuk moden, tidak menyusahkan, dalam suasana kontemporari yang tidak terikat paradigma lama, berupa fahaman dan kepercayaan konservetif, khilafiyah yang mengelirukan benar dan tidaknya. Yang memungkinkan mengajar manusia menjadi rakus, sombong dan berasa diri sebagai ahli Syurga. Nuansa ini sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri dan sesuai dengan keadaan masyarakat negara ini yang bermajmuk dan sejajar dengan peruntukan perlembagaan.

Dan asas ketiga adalah mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu seperti mana telah dimaktubkan atau digaris hitamkan sebagai matlamat kemerdekaan.

Namun pembelaan ini digunakan dengan penuh kebijakan sehingga ia kadang kadang mengelirukan orang yang tidak mampu memahaminya. Misalnya beliau tidak bercakap soal Melayu sahaja, tetapi secara universal. Dalam kata lain Anwar melihat Melayu dalam kemanusiaan. Kerana itu beliau sering menuturkan anak Melayu sebagai anaknya, anak Cina anaknya, anak India anaknya, anak Kadazan anak, anak Dayak adalah semua anaknya. Kepercayaan dan penerimaan ini menjadikan beliau dituduh sebagai pejuang multirasialisme.

Bukan susah untuk mengenali dan mengetahui agenda perjuangannya asalkan kita sedia membuka minda dan tidak menutupnya dengan kejumudan berfikir yang telah didoktrinkan dengan soal “nasionalisme” dan “religionisme.”

Sesungguhnya pendekatan dan uslub perjuangan yang dipeloporinya serasi dengan suasana masyarakat negara ini yang majmuk. 

 

No comments: