KAK IDA ABDULLAH
Kerana majoriti penduduknya Melayu. Melayu yang lebih suka
cerita-cerita yang direka2 dari cerita benar lebih ramai dari Melayu yang suka
cerita benar dan fakta.
Cerita yg direka diolah sehingga terasa teruja, manakala yg
benar, membosankan mereka saja.
Contoh: Pendedahan Rasuah oleh Anwar Ibrahim selama lebih
20tahun, orang Melayu sikit tak kisah. Yang mereka suka dengar dan sebar adalah
cerita rekaan Mahathir mengenai liwat.
Oleh kerana Melayu suka cerita2 begini maka semua PM selepas
Mahathir menggunakan modus operandi yang sama. Liwat I, Liwat II dan hampir
berjaya Liwat III dan masih sedang berusaha.
Kalau cakap pasal syurga neraka merekalah pakar seolah pernah
merasa. Tapi kalau sebar fitnah merekalah juara, siap dikaitkan dengan ayat
alquran demi mengukuhkan dan menyakinkan orang lain bahawa fitnah mereka itu
benar.
Dosa pemfitnah ni lebih besar dari pembunuh walaupun nyawa
mereka tidak dituntut. Paling kuat boleh saman sahaja. Sedangkan kesan dari
fitnah amat besar kerosakkannya!
Jika hukumannya bunuh barulah aman dunia tanpa penipu yang akan
memfitnah kerana ingin mempertahankan penipuannya.
Pemfitnah tidak pernah merasa kesal atau terkesan dengan perbuatan
kejinya. Macam syaitan sebiji! Mana ada rasa kesal dan insaf menipu Nabi Adam
a.s. Kemudian bersumpah dengan nama Allah bagi mengukuh perbuatannya.
Ramaikan sekarang orang Melayu suka bersumpah laknat, musibat
dan macam-macam lagi demi mempertahankan penipuan mereka. Orang jujur terpaksa
mengalah, jika berdegil akan ditindas, dianiaya.
Semuga Allah memberi kekuatan kepada yang istiqamah jujur walau
terpaksa ditohmah dan dipenjara di dunia. Hanya akhirat sahaja harapan orang
jujur mendapat keadilan Allah SWT. Di dunia, yang menipu, pemfitnah biasanya
orang berada yang boleh mengupah peguam terhebat untuk membela mereka. Peguam2
dan hakim2 pula disogok dengan wang berjuta, kenaikan pangkat dan pelbagai
anugerah berbentuk kemewahan sebagai balasan. Tidak sedikit pun gentar dengan
amaran Allah bahawa dua dari 3 hakim ke neraka.
Ulama suk juga memainkan peranan paling penting dalam penyebaran
fitnah. Mereka lebih
hebat
dengan ayat-ayat yang dihafal dan disampaikan dengan penuh
ghairah sehingga dapat meyakinkan sesiapa yang mendengar.
Yang bukan Islam TIDAK pernah pula mereka bersumpah menggunakan
nama dewa atau tuhan mereka ketika berdusta. Tapi orang Melayu yang bersyahdah
gigih bersumpah, sehingga nama Allah tiada lagi nilai, nauzubillahi min zaliq.
Bagaimana mereka menyebut nama Allah tanpa rasa gerun dalam
hati? Sudah keras ka? Atau sudah mati?