BUAT APA BERJANJI KALAU TAK BOLEH TEPATI . KEMPEN BMF KELAUT, ,HUDUD,RUU 355,AIR BERSIH 30 TAHUN, MINGGU JADI KERAJAAN SELESAI SEMUA MASAALAH...ITU BUKAN JANJI PAS KAH?

 

BOLEH TUMPANG TUI JADI KERAJAAN TEBUK ATAP, SEKADAR AMBIL IDEA DAN PERANAN BEKAS MENTERI PH.MANA PEMBAHRUAN YANG DILAKUKAN...TANYA RAKYAT .


Setiausaha politik Razman persoal mengapa agensi bawah Menteri Agama masih dikuasai orang PH

Setiausaha politik Razman persoal mengapa agensi bawah Menteri Agama masih dikuasai orang PH

Jika anda melihat, PH kini tidak lagi mampu berjanji. Janji PH tidak lagi dipercayai. Modus operandi PH sekarang hanya timbulkan kebencian dan keraguan. Mereka sedar, jika mereka berjanji, mereka akan dicaci. Mereka cuba mencari kelemahan kerajaan yang ada dengan menimbulkan keraguan. Malangnya mereka tiada solusi.

Lebih pelik mereka menyerang PAS yang hanya ada 18 kerusi. PAS bukan penentu polisi walaupun PAS berperanan besar menegur kecelaruan otak sebahagian bekas pimpinan PH yang masih ada dalam kerajaan.

PH dan kluster mahkamah yang menyerang PAS tahu mengenai kemampuan dan peranan PAS dalam kerajaan. Mereka tahu, kalau PAS mampu, barua mereka tidak akan kekal dalam lantikan politik hingga kini.

Cuba fikirkan, Abang Kardi masih kekal sebagai Ketua di Yayasan Taqwa yang jadi lubuk duit di MAIWP. Beberapa orang pimpinan PH khasnya dari PAN dan berotak JIM atau IKRAM masih ada dalam beberapa GLC seperti PUSRAWI dan beberapa GLC yang lain. Kalau PAS mampu, lantikan ini yang perlu diperbetulkan dahulu. Kerana musuh dibiarkan berada dalam tubuh kerajaan hari ini. Pelikkan?

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak

Mereka bertanya kenapa PAS tak berperanan mengenai sugar daddy atau judi sedangkan mereka tahu PAS telah berperanan pada kemampuan yang ada. Ada yang berjaya dihalang, ada yang berjaya sekadar disekat pada kadar yang lebih besar dari yang berlaku.

No comments: