VAKSIN TAKUT HADAP PARLIMEN.COVID PUN TAKUT JUGA

 

Menunggu sidang Parlimen era Malaysia Baharu


MOHD SAYUTI OMAR


Aerogram Malam.

Ramai orang persoal kenapa parlimen digantung, persidangan Majlis Raja-Raja Melayu juga tertunda, sedangkan murid sekolah dan kanak-kanak Tadika bebas untuk ke sekolah masing-masing.

Sekali imbas terasa perbezaan sekatan dan kebenaran itu.

Setelah mendengar penjelasan kerajaan, barisan hadapan, para guru, tentera akan diberi keutamaan untuk menerima Vaksin, baru saya faham kenapa Majlis Raja-Raja ditangguh dan parlimen di gantung.

Menurut KKM, vaksinasi diberikan kepada mereka berumur 18 tahun ke atas. Jadi budak-budak sekolah dan Tadika rata-rata berusia di bawah 17 tahun ke bawah. Kerana ada hak batas usia itulah menyebabkan sekolah dan Tadika dibenarkan.

Yang pelek sikit di sini, mungkin manusia berumur di bawah 18 tahun ke bawah mempunyai daya tahan imuniti diri yang kuat berbanding dengan orang berusia 45 tahun ke atas. Disebabkan itulah majlis raja-raja ditangguh kerana semua raja berumur 50 tahun ke atas, begitu juga dengan ahli parlimen rata-rata berumur atas 25 tahun ke atas bahkan ada yang cecah 95 tahun.

Maka bahaya kepada ahli Parlimen dan speaker kalau parlimen bersidang.

Seperkara lagi mengenai vaksiinasi ini ialah keutamaan diberikan kepada orang dewasa yang berkhimat di barisan hadapan, askar, guru dan tentunya para menteri. Adapun kita orang kampung diberi pilihan sama ada hendak atau tidak. Dalam erti kata lain kita orang kampung tidak mendapat prioriti mendapat vaksin? Apakah kerana orang kampung lambat mati?

Cuba buat keluar jumlah yang meninggal kerana Covid-19, berapa orang kampung, berapa orang bandar dan berapa orang yang berkerja di barisan hadapan, polis dan tentera. Kita sama-sama tengok dan nilai apakah yang berlaku sekarang ini apakah adil dan saksama? Trims.