“Memandangkan projek ini sudah menjadi kepentingan awam, Putra menggesa SPRM menyiasat secara terperinci perkara itu serta mengambil tindakan tegas terhadap mereka terlibat jika wujudnya unsur penyelewengan atau salah guna kuasa,” katanya selepas membuat laporan di Pejabat SPRM Meru Raya, Ipoh, lapor Sinar Harian.
Terdahulu, tular satu tangkap layar perbualan aplikasi WhatsApp antara Takiyuddin Hassan dan Tengku Zafrul berhubung penglibatan Kedah Bina Darulaman Berhad (BDB) dan cadangan penglibatan Taliworks Corporation dalam projek pembangunan di negeri itu.