Tabung Haji tidak mampu tanggung kos kenaikan untuk jemaah haji?- Menteri agama jangan tidor...

 


Tabung Haji (TH) dikhuatiri berdepan dengan kesempitan wang apabila terpaksa menanggung kos kenaikan untuk jemaah haji pada tahun hadapan ekoran Covid-19.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan sudah memberi jaminan untuk menanggung sepenuhnya segala kenaikan kos, namun tiba-tiba menteri agama mengakui jemaah haji terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menunaikan ibadah suci tersebut.

"Menteri agama berikan sebab semua kos haji semakin meningkat. Saya pun pernah bertanya kepada menteri dalam Parlimen tentang isu ini. Jawapan bertulis menterikepada saya kerajaan melalui TH akan terus bantu jemaah haji melalui subsidi.

"Hari ini lain pula kenyataan menteri. Berapa tanggungan subsidi TH? Jawabnya RM400 juta setahun. Soalan seterusnya apakah TH sudah tidak mampu?" soalnya.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata, TH juga sedang dalam proses pemulihan akibat banyak melakukan pelaburan yang membawa kepada kerugian.

Katanya, proses itu memberikan kesan besar kepada kewangan TH, sekali gus menjadi persoalan sama ada badan urusan jemaah haji itu mampu menanggung kos tambahan di masa akan datang.

"Kerajaan PH membuat langkah menyelamatkan TH dengan nilai RM20 bilion untuk tempoh 10 tahun mulai 2020. Hal ini akibat banyak pelaburan TH rugi.

"TH tiada masalah dalam menguruskan simpanan pendeposit namun masalah kewangan TH berlaku apabila keputusan pelaburan TH di lebih 100 syarikat mengalami kerugian.

"Ini memberi kesan kepada kedudukan kewangan keseluruhan TH. Kesannya? TH menghadapi masalah mengekalkan hibah yang tinggi dan menanggung subsidi haji. Saya akan menulis lagi kepada menteri agama tentang perkara ini," katanya.

 

No comments: