BOB KELANANG
Geram bila kita baca berita viral baru-baru ni mengenai kartel
daging yang diserbu setelah beroperasi berpuluh tahun lamanya.
Lebih geram lagi bila tak ada satu pendedahan pun dibuat oleh
pihak yang berkaitan mengenai apa jenama yang dipalsukan cop halalnya, siapa
dalang kartel tersebut, dan apa nama syarikat yang mengedarkannya.
Lebih bertambah geram lagi bila pada awalnya ada statement pihak
berkuasa kata nak dedah nama syarikat tersebut, tapi tiba-tiba semalam Timbalan
Menteri Perdagangan, Datuk Rosol Wahid mula spin pula kata tidak boleh
didedahkan nama syarikat tersebut sebab mengganggu siasatan kononnya.
Nah, mana kita tak panas hati bila baca berita macam tu. Siap
kempen lagi kata daging kat pasaran tu semua halal jangan risau boleh beli.
Siap tunjuk lagi pekerja dia jalan-jalan dalam supermarket tunjuk ada logo
halal kat packaging daging yang dijual. Padahal, berita sebelumnya semua cakap
pasal daging tak sah taraf sama ada bukan daging lembu, bangkai, atau daging
berpenyakit yang telah dipalsukan sijil halalnya dan dipek semula setelah
diseludup untuk dijual di negara kita.
Lebih memanaskan hati, bila pendedahan tersebut menyatakan
bahawa operasi kartel tersebut telah berjalan selama 40 tahun dengan rasuah
telah diberi kepada kakitangan pelepasan kontena, kakitangan yang check isi
kontena dan pelbagai lagi kakitangan pihak berkuasa. Hatta disebut bahawa
kartel tersebut turut menawarkan habuan wanita kepada pihak yang dirasuah.
Apalah punya bala semua ini. Berpuluh tahun kita disajikan
barang yang syubhah lagi tidak jelas sumbernya. Pihak berkuasa enjoy makan duit
haram siap dapat habuan wanita lagi. Ini bukan isu birokrasi susah nak apply
sijil Halal. Tapi ini isu rasuah, salah guna kuasa agensi berkaitan,
penyeludupan, penipuan cop halal, penipuan sumber daging dan juga masalah kejar
harga murah.
Kalau nak tahu, jenama yang dibawa masuk oleh kartel ni pun
sebahagiannya memang dah ada sijil Halal yang sah baik dari Malaysia atau
negara asalnya. Tapi diselit dan dicampur juga dengan daging yang tidak halal
kemudian dipack semula menggunakan jenama dan cop halal yang telah dipalsukan.
Maknanya, kartel ini memang nak buat untung full margin lah makan pukul
keliling. Sebab tu dapat jual murah sebab bangkai yang di'supply'nya, maka
harga modal pula sudah tentu jauh lebih murah. Siap ada laporan yang kata
mereka guna bangkai kangaroo, kuda dan macam-macam lagi.
Jadi, atas rasa tanggungjawab sebagai seorang Muslim, saya risau
bila jenama ini tidak didedahkan. Kalau perkara ini berterusan, maka umat Islam
di negara kita ini akan terus-terusan memakan bangkai tanpa sedar. Apa yang
kita makan itu akan menjadi darah daging dan merosakkan kita semua.
Maka, malam tadi puas saya baca berpuluh berita mengenai serbuan
yang dibuat pihak berkuasa terutama di Johor, akhirnya setelah puas mencari,
ada lah terjumpa satu dua laporan media yang tak dipadam jenamanya dan terpapar
dalam berita. Sebab kebanyakan berita, wartawan dah kaburkan jenama jadi susah
kita nak cari.
Bila dapat berita yang tak kaburkan jenama tu, cepat-cepat saya
screenshot dan cari satu persatu jenama tersebut. Hasilnya, anda boleh lihat di
dalam gambar yang saya sertakan. Sebahagian jenama tersebut, saya percaya ramai
daripada kita sudah pun pernah memakannya. Masalah yang berlaku adalah campuran
daging bangkai dengan daging yang halal, maka disebabkan sebelum ini kita tidak
tahu, sama-sama kita berharap apa yang pernah kita makan dahulu adalah bahagian
yang halal bukan yang haram.
Lagi pula konsep dalam fiqh, bila kita termakan benda yang kita
tidak tahu asal muasalnya, maka ia dimaafkan. Yang dah berlalu tu lupakanlah
dan mohonlah keampunan ALLAH, semoga kita sama-sama diampunkan oleh ALLAH Taala
jua hendakNYA. Tapi, untuk masa yang ke hadapan ni, bila kita dah tahu ada
campuran barang tak halal, maka automatik semuanya dah jadi syubhah dan diragui
buat kita. Takkan kita nak makan lagi ye tak??
Jadi, di sini terpulang kepada anda sama ada mahu terus membeli
daging frozen import atau tidak. Setelah banyak pendedahan dibuat, kita pun
belum tentu pasti akan kehalalan jenama daging frozen import lain yang tidak
didedahkan di sini. Untuk mengelak termakan barang yang syubhah atau haram, maka
sebaiknya kita tinggalkan terus memakan apa jua jenama daging frozen import.
Dalam bisnes, bila tiada permintaan, maka tiadalah supply. Yang jadi masalah,
bila dah tahu ada yang syubhah kita tetap terus membelinya, maka sebab itulah
kartel ni masih boleh bertahan walaupun dah naik turun mahkamah dan didenda.
Pasti akan ada kartel lain yang mengambil alih demand dan pasaran yang kosong
tadi dimasa akan datang.
Kepada pekedai pula, saya percaya ramai yang akan terkesan
dengan penjualan daging import selepas ini. Namun, yakin dan percayalah bahawa
rezeki itu telah tertulis oleh ALLAH Taala buat kita semua. Rezeki tidak akan
pernah salah alamat. Apabila kita meninggalkan sumber rezeki yang haram dan
syubhah, insyaALLAH akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pintu
rezeki kita akan terbuka lebih luas.
Ingatlah kembali pesan orang tua-tua kita dahulu kala. “Jangan
beli daging import, sebab kita tak tahu kesahihan barang tersebut.” Akhirnya
setelah berpuluh tahun, baru hari ini kita nampak kebenaran pesanan orang tua
kita dahulu.
Akhir kata dari saya, carilah barang yang halal, utamakan sumber
yang halal dan tinggalkanlah barang yang syubhah dan diragui. Negara kita pun
belum darurat lagi, tak mati pun kalau tak makan daging frozen. Masih banyak
penjual daging segar temparan. Sokonglah buatan Malaysia, dan Paling penting
ingat; BUY MUSLIM AND HALAL FIRST!!