UMNO KALAH PRU JIKA SOKONG BELANJAWAN 2021?


Shahbudin Husin

Cadangan asal berkenaan pengeluaran wang sehingga RM10 ribu daripada Akaun 1 KWSP yang dikemukakan UMNO adalah melibatkan 4.7 juta pencarum, tetapi melalui pembentangan oleh Tengku Zafrul tadi, selain jumlah yang dibenarkan hanya RM500 sebulan atau RM6000 setahun, ia juga hanya setakat memberi manfaat kepada 600 ribu pencarum iaitu mereka yang kehilangan pekerjaan saja.

Permohonan lanjutan moratorium tiga hingga enam bulan yang turut diusulkan UMNO dan PH juga diketepikan dalam Belanjawan 2021 ini.

Maknanya, jika UMNO sokong Belanjawan 2021 ini, mereka lebih mungkin ditolak pengundi dalam PRU akan datang kerana seolah-olah bersetuju dengan dasar PN yang tidak pro kepada keperluan sebenar rakyat.



No comments: