Masa PH dulu MP PH sibuk juga nak buat projek. Sampai orang yang sama juga boleh projek dan habuan. Tak kan ramai tak perasan???...Tinggallah cybertrooper yang tak berbayar inilah yang sukarela...ya sukarela..tu pun tak berasa nak ucap terima kasih atau penghargaan walau secawan kopi.
Bila PN tebuk atap bagi berjuta peruntukan , hangpa hinggaq nak mampoih..pong pang pong pang..bagi kat hangpa pun hangpa tak boleh buat.....sembang saja lebih...
Barisan hadapan dapat RM500, JASA dapat RM80 juta!
Peruntukan menubuhkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang bertugas mempropagandakan kebaikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan peruntukan sehingga RM80 juta setahun dipertikaikan banyak pihak.
Bagi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, peruntukan yang sebegitu besar tidak wajar dibazirkan hanya untuk mempengaruhi pendapat rakyat ketika negara sedang berdepan pandemik Covid 19 yang memerlukan banyak peruntukan dalam misi mengawalnya.
Shamsul turut kecewa kerana barisan hadapan yang bertungkus lumus dan bersabung nyawa melawan Covid 19 sebaliknya hanya diberi saguhati one off RM500 oleh kerajaan PN.
“JASA dihidupkan semula dengan peruntukan RM85 juta dan sudah pastilah melakukan tugas-tugas propaganda buat kerajaan. Dalam keadaan negara menghadapi pandemik Covid apakah ini (penubuhan JASA) satu keutamaan sedangkan kita tengok barian hadapan bertungkus lumus bekerja hanya dapat RM500 one off.
“Ini menimbulkan kemarahan di media sosial dan sebagainya. Apakah ini satu keutamaan dari segi politik? Ini satu perkara yang akan dibangkitkan dalam perbahasan belanjawan nanti,” kata Shamsul dalam forum khas atas talian, kupasan Belanjawan 2021 yang dianjurkan oleh Institut Darul Ehsan malam tadi.
Untuk rekod, peruntukan bagi operasi JASA adalah yang tertinggi sepanjang penubuhan badan itu. Pada era BN, JASA hanya dibiayai sekitar RM40 – 50 juta dan pada era PH ia ditamatkan.
JASA mendapat kritikan menyeluruh rakyat ketika mempromosikan kebaikan 1Malaysia Development Berhad dan kehebatan bekas PM Najib Razak dalam mentadbir negara, sebelum dikalahkan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.