LAGI LAMA ISU MELAYU NI ORANG DAH TAK PEDULI


Hamdan Taha

 Asalamulaikum....sekadar nak kongsi pengalaman dan kefahaman yang benar berlaku tampa emosi melampau...


1. Selama puluhan tahun umno dan bn kuat kerana ada sokongan dari bukan melayu terutama orang cina dan india. Ketika umno di sokong oleh cina dan india Bn dapat 2/3 sepanjang mereka menang pru....


2. Selama puluhan tahun umno di lihat parti yang ada sifat mahu berkongsi kuasa dengan semua bangsa di malaysia termasuk sabah dan serawak. Maka BN menjadi kuat dan sentiasa menang PRU...


3. Pas dari kali awal pru di malaysia mereka telah ujud sehingga sekarang. Kehebatan pas bermula dari menjadi kerajaan kelantan di zaman asri muda. Kemudian kalah dengan BN lepas tu tahun 90 bersama S 46 ambil semula kelantan. Tahun 99 Pas mula bertapak di beberapa tempat termasuk terengganu....kemudian Pas jadi semangkin kuat apabila bukan melayu mula menyokong Pas tahun 2008 dan 2014 sehingga selangor mereka menang. Johor juga mereka dapat beberapa Dun...Perak mereka ada...kedah...penang....dan wilayah persekutuan di parlimen titiwangsa....tapi apabila Pas mula tidak di sokong semula oleh bukan melayu mereka hanya dapat terengganu dan kelantan sahaja....cuma sekarang ini mereka dapat Kerajaan Persekutuan dan kedah kerana gabungan dengan umno dan bersatu....tapi ini tidak boleh kita kata Pas kuat kerana pru 14 adanya pertandingan tiga penjuru...dan dengan berbekalkan 18kerusi maka mereka berkongsi kuasa.....


4. Umno dan Bersatu belum di uji lagi bertanding dalam pru dengan mengunakan serangan anti bukan melayu....ianya jika tak ada perubahan umno buat pertama kali begitu juga Bersatu di lihat anti bukan melayu....dan mereka jadi parti betul betul hanya nak undi melayu sahaja...Bersatu pru 14 menang kerana undi bukan melayu di kawasan johor...melaka dan perak...juga selangor...tapi pru 15 Bersatu dan umno juga Pas nampaknya akan bertanding dengan kaedah tampa memerlukan undi bukan melayu....itu sebab PN di lihat sepertinya parti enti cina dan pro melayu yang amat sangat....(slogan sahaja sebenarnya perbuatan tidak pun,sebabnya bila anugerah datuk cina juga yang dapat banyak,bila bagi projek pun cina juga dapat,tapi dalam ceramah sakan melayu melayu....perbuatan tidak pun)..


5. Jika umno kekal tidak mahu lagi memulakan pendekatan baru untuk berjabat tangan dengan parti yang ada sokongan cina saya dan sahabat saya menjangkan UMNO tu tetap ujud tapi dah Jadi sama macam Pas di zaman tidak jadi kerajaan...pas ujud tapi kekal pembangkang....begitu juga umno mereka kekal ujud tapi hanya kekal sebagai penumpang sampai lah akhirnya mereka pupus...umno terpaksa jadi penumpang kepada bersatu dan pas sebabnya sokongan umno setakat kawasan melayu sahaja....dan dia lebih teruk kerana negeri yang barangkali ada hanya pahang dan perlis sahaja....lain negeri tak lepas....


6. Jika umno nak kembali kuat mereka wajib ambil kira pendekatan baru gerak kerja baru dan gabungan parti baru yang ada kekuatan bukan melayu....baru lah umno akan bergerak ke arah pemulihan. Maaf cakap lah isu melayu...raja raja melayu...tanah melayu paling lama isu ini bole lagi di gunakan sehingga pru ke 16 sahaja....pru ke 17....isu bangsa melayu...raja melayu....tanah melayu saya rasa yakin dan percaya dah tak laku....contoh tanah melayu sekarang pun tinggal 12 peratus sahaja lagi....menjelang pru ke 17 barang kali tinggal 5 peratus sahaja lagi.....nak laku macam lana isu tanah melayu....generasi akan datang sudah tidak ambil peduli isu itu semua kerana masa itu keistimewaan melayu itu sudah benar benar tak ujud dan tak ada....macam mana orang masa itu nak berjuang atas nama melayu....tak ada dah masa itu....jadi bagi saya umno penting berubah strateji yang tepat menjelang pru ke 15....



No comments: