Rakyat kena berkorban, YB Pas Kelantan guane?
Kita rakyat kena paham bila beberapa cukai baru diperkenalkan untuk mengimbangkan pendapatan 2021 bg menampung perbelanjaan kerajaan akibat covid. Ini sebagai tanda pengorbanan rakyat membantu ketika pandemic.
Habis kat Kelantan tu mustahil Pegawai Kewangan Negeri dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan x nasihat MB dan barisan Exco tentang keperluan kepada perbelanjaan yg berhemah dan tidak perlu buat masa ini. Di kala defisit belanjawan negeri lebih RM60 juta tapi masih lagi fikirkan kenaikan gaji dan elaun serta kenderaan rasmi. Tak ada langsung niat nak bersama rakyat membantu dlm keadaan krisis ekonomi yg teruk skrg ni. Nafsu wakil rakyat nampak lebih penting drpd bersama berkorban dgn rakyat.
Belum lagi masalah kemudahan lain yg melibatkan rakyat. Masalah air bersih dah berpuluh tahun tak dpt nak selesaikan. Berbagai2 alasan dan dalil dicipta utk melunakkan keadaan sesuai dengan nafsu mereka sendiri. Sepatutnya skrg lah masa yg sesuai utk menyelesaikan kerana mereka juga adalah kerajaan di peringkat persekutuan.
Membangun bersama Islam dilihat tidak sesuai dgn kerajaan negeri Kelantan kerana Islam itu sendiri menitik beratkan kebersihan dan isu kebajikan rakyat. Bukan hanya dengan doa dan bertawakal sahaja masalah boleh selesai.
Secara kesimpulan, kerajaan Kelantan mengambil mudah kerana percaya bahawa mereka sentiasa mendapat sokongan drpd rakyat. Sejak 1990, keputusan PRU tetap memihak kpd PAS. Dah sampai masa kepada rakyat Kelantan, jika masalah asas tidak dpt diselesaikan, PRU 15 adalah medan terbaik utk selesaikan masalah ini. Budaya politik berfikir dan matang harus dimulai supaya pemimpin PAS tidak terus dibuai mimpi dan keselesaan.