TAPI KETIKA PH BERKUASA, MEREKA TIDAK MEMPEDULIKAN PERANAN MESDOS MALAH TIDAK MENGAKUI PERANANNYA .KENAPA HARUS MARAH???

Peranan MEDSOS amatlah penting. Tindakan PN dipertikaikan kerana jelas ianya peruntukan bagi menggerakkan tentera cyber mereka dan secara tidak langsung ianya mewujudkan peluang pekerjaan yang amat besar walau secara dasarnya ianya tidak salah. 

Ketika PH menguasai pemerintahan, mereka bukan sahaja gagal mengawal stesen penyiaran , malah mengabaikan MEDSOS yang pernah menyokong mereka ketika itu. Tidak memperdulikan peranan kecil para penyokong , tidak kisah, tidak mengakui akan peranan para cybertroopers persendirian yang tidak pun meminta sebarang bayaran. Malah nak ucapkan terima kasih pun belum tentu. Benar, kebanyykkannya adalah melakukan secara sukarela, tiada paksaan, tiada bayaran, takkan nak ucapkan terima kasih atau mengakui peranan MEDSOS PH turut membantu kemenangan PH kerika itu???

Kenapa mahu menyalahkan tindakan "cerdik" PN yang betul betul meggunakan khidmat MEDSOS mereka kerana itu bukan sahaja keperluan semasa tetapi demi servival politik kepartian mereka.

Lihat apa yang sedang berlaku pada PKR sendiri. Sudahlah media akhbar melingkup, media MEDSOS mereka semacam hidup segan mati tak mahu. 

Rata rata ahli sendiri melihat bahawa usaha untuk menghidupkan media akhbar parti tersebut tidak dipedulikan , malahan dilihat liat untuk melaksanakan. Bagaimana mahu menguasai pentadbiran jika , akhbar parti sendiri pun tidak mampu untuk diwujudkan???

Mungkin ada yang mempertikaikan? ya namun diketika akhbar suara keadilan mampos suatu ketika itu, wujud akhbar alternatif yang menggerakan usaha usah ke arah itu.Namun kini ianya tidak mampu untuk menggerakkannya kembali. Harakah walau berita sampah, iaya masih wujud. Tetapi PKR,???? langsung tiada. Dimana cerdik pandai dalam PKR ini??LIhat betapa layunya peranan media PKR...dimana silapnya. 

Jika anda tidak menjiwai peranan media sosial atau akhbar, maka jiwa anda tentunya merasa sukar untuk melaksanakannya....



WRLR....