Kegagalan Pemerintahan Kerajaan PN Oleh Menteri PAS :
1. Duta Khas Perdana Menteri ke Negara Timur Tengah/ Asia Barat
( Bertaraf Menteri Penuh ) :
i. Sehingga kini GAGAL menjalankan tanggungjawab sebagai Duta
Khas PM. Tiada keuntungan yang kerajaan serta rakyat perolehi daripada jawatan
Duta Khas Perdana Menteri yang diwujudkan KHAS ini.
ii. GAGAL untuk menarik pelaburan daripada negara Asia Barat dan
Timur Tengah sedangkan dipalu gendang seluruh dunia, katanya Duta Khas ini.
iii Membawa Pas sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai roh perjuangan dan digeruni, tetapi sentiasa diperlekeh rakyat.
iv . Jati diri Pas yang dulunya dohormati, kini dikeji sebagai pak turut demi habuan jawatan dan kedudukan , namun dilihat tidak mampu laksanakan apa-apa pun.
HEBAT
menarik pelaburan daripada tok-tok Arab.
iii. Gaji hasil cukai duit duit rakyat dibayar kepada Duta Khas
ini yang masa sehariannya banyak dihanguskan untuk memberikan ceramah di
kawasan Parlimennya sahaja. Sedangkan jawatan Duta Khas ini adalah untuk
bekerja untuk seluruh rakyat Malaysia.
2. Menteri Undang Undang :
i. Tidak mampu merealisasikan RUU 355 untuk dibentangkan semula
di Parlimen walaupun telah menjadi Kerajaan sepertimana gesaan ratusan ribu
ahli PAS dilakukan semasa himpunan RUU 355 di Padang Merbok sebelum Pru-14 yang
dihadiri bersama wakil Umno dan Mufti Wilayah.
ii. Tidak mampu membawa pesalah kes ADIB ke mahkamah seperti
yang diperjuangkan hari hari di media dan jalanan ketika PAS menjadi
pembangkang.
iii. Gagal melaksanakan undang-undang LGBT dan undang-undang
penghinaan terhadap agama rasmi Malaysia iaitu Agama Islam yang diperjuangkan
sebelum PAS menjadi kerajaan memerintah.
iv. Gagal melaksanakan RCI MEMALI walaupun PAS telah menjadi
kerajaan memerintah. Dahulu ditekan kerajaan Umno dan PH supaya diadakan RCI
supaya ahli ahli PAS percaya perjuangan mereka adalah benar dan SYAHID.
v. Gagal mengadakan siaran langsung selama 1 jam kenapa
sebab-sebab PAS mengkafirkan Umno sepertimana PAS minta sebelumnya semasa
menjadi pembangkang tegar.
Sedangkan sekarang beratus jam PAS ada masa untuk terangkan
kepada rakyat Malaysia kenapa Umno dikafirkan PAS.
3. Menteri MEWA ( Alam Sekitar dan Air ) :
i. Gagal membawa inovasi, pembaharuan serta penguatkuasaan
bagaimana untuk menangani masalah pencemaran kepada alam sekitar seperti
penebangan hutan balak yang berleluasa di Kelantan dan Pahang. Malah pencemaran
merebak sehingga ke kawasan tanah adat Orang Asli.
ii. Gagal menangani isu pencemaran sungai-sungai sebagai kawasan
sumber tadahan air minuman. Sedangkan Menteri PAS inilah yang akan menguatkuasakan
undang-undang kepada sesiapa sahaja baik perseorangan ataupun pihak swasta yang
mencemari alam sekitar dengan pembuangan sisa toksik.
iii. Terbukti GAGAL dalam menangani masalah 38% penduduk
Kelantan yang masih ketiadaan sumber bekalan air paip bersih. Malah Menteri
MEWA PAS ini mencadangkan selama 40 tahun lagi untuk selesaikan isu-isu bekalan
air bersih terawat di Kelantan. Betullah cadangan Menteri MEWA PAS ini kerana
kita baru sahaja MERDEKA beberapa tahun daripada penjajah kafir British kerana kita
sekarang berada ditahun "1960".
iv. Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi :
i. Menteri PAS ini pada dasarnya tiada tujuan rasmi ke Turki.
Disebabkan tiket kapalterbang dan hotel sudah dibeli awal-awal bersama
keluarganya untuk melancong mengunakan kuota Percutian Menteri Kabinet dalam
setahun maka pergilah Menteri PAS ini ke Turki konon-kononnya untuk urusan
rasmi kerajaan, sedangkan hasil urusan rasmi kerajaan tiada 1 pun memorandum
persefahaman perusahaan ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Malah Menteri PAS
ini ke Turki pun tiada sebarang sambutan timbal balas diadakan oleh kerajaan
Turki atau pihak menteri Turki yang terlibat. Sehingga kini tiada gambar
acara-acara rasmi ditunjukkan oleh Menteri PAS ini di mana-mana media termasuk
Harakah Daily atau web rasmi kementerian.
ii. GAGAL membawa perlaburan dalam bidang Perusahaan,
Perladangan dan Komoditi ke dalam negara. Malah hasil minyak sawit negara yang
bernilai ratusan billion ringgit dizaman beliau menjadi menteri kabinet telah
diharamkan oleh kerajaan USA untuk dieksport keluar. Malah tiada usaha
dilakukan Menteri PAS ini untuk tindakan berdiplomasi dengan kerajaan USA dan
negara-negara lain yang memboikot sawit Malaysia, sedangkan sawit Indonesia
dibenarkan eksport ke USA.
iii. GAGAL memberi ikutkan yang baik kepada rakyat Malaysia
dikala wabak covid-19 tengah menggila melanda negara dengan tidak menkuarantin
kendiri di rumah sendiri. Adakah janji gaji beliau selama 4 bulan sudah
diberikan kepada kerajaan dan digunakan untuk kebaikan rakyat marhean?
iv. Kes Perlanggaran SOP C19 beliau juga masih dalam proses
sehingga sukar untuk didakwa di mahkamah, sedangkan jika kes melibatkan antara
2 darjat, pasti keesokannya sudahpun didakwa di mahkamah dan didenda ribuan
ribu ringgit.
v . Ketika beliau mengutuk Teressa Kok dari DAP tentang cadangan penanaman buloh yang bernilai billion ringgit, Beliau mengakui bahawa ianya adalah salah satu tanama yang menguntungkan. Beliau gagal menafikan namun meniru idea cina DAP.Amat memalukan dan gagal.
5. Timbalan Menteri Agama :
i. Sehingga kini Agama Islam tidak diperkasakan sepertimana yang
diperjuangkan oleh parti dan dasar parti PAS sehingga ada ahli PAS yang
menentang kerajaan Malaysia kerana diperbodohkan oleh pimpinan tertinggi PAS.
(Diakui sendiri oleh Presiden PAS ramai ahli PAS adalah BODOH)
ii. Timbalan Menteri PAS ini juga mengaku di parlimen secara
bertulis bahawa pindaan RUU355 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Negara
Malaysia yang diwarisi daripada Penjajah Toghut British.
6. Timbalan Menteri Wanita & Keluarga :
i. GAGAL menangani isu aurat wanita Islam sebagai pramugari
syarikat penerbangan dan penyediaan arak dalam penerbangan seperti yang
dilaungkannya secara lantang dalam parlimen sebelumnya.
7. Timbalan Menteri Sumber Manusia :
i. GAGAL dalam menangani isu pemberhentian kerja oleh majikan
dan masalah pengangguran yang kian parah dalam negara.
ii. GAGAL memberikan solusi
terbaik
antara kedua-dua belah pihak diantara pekerja dan majikan
bagaimana untuk menyelesaikan masalah isu pemberhentian tenaga kerja dalam
bidang penerbangan semenjak tercetusnya wabak covid-19. Satu-satunya bidang
yang cukup terkesan sehingga kini semasa pandemic covid-19 melanda.
8. Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan :
i. Sehingga kini tiada hasil usaha Timbalan Menteri yang
membanggakan negara dan rakyat.
8. Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi :
i. Sehingga kini tiada hasil usaha Timbalan Menteri yang
membanggakan negara dan rakyat.
Inilah kesimpulannya menteri PAS yang berkerja untuk rakyat.
Jika
hebat
dan cemerlang sudah pasti Kelantan dan Terengganu menjadi negeri
Melayu Islam yang lebih maju daripada negeri DAP Pulau Pinang tapi Kelantan
selamanya adalah negeri termiskin yang ditadbir melayuISLE…