ADA LAGI SUARA MAHU AGAR ANWAR DAN MAHATHIR BERTEMU?

Image may contain: 2 people-s

Masih ada lagi suara-suara menyeru agar Anwar dan Mahathir bertemu dan lupakan perbezaan pendapat.

Kalau yg bercakap itu Pak Amit jual petai, aku tak kisah lah, itu pun ramai dah orang2 kampung yg bijak politik.  Tak semuanya bodoh.

Isu antara Anwar dan Mahathir ini bukan soal perbezaan pendapat.  Kalau perbezaan pendapat, di dalam parti Keadilan pun banyak perbezaan pendapat, tiada masalah. Anwar dengan anak sulungnya, Nurul Izzah pun selalu berbeza pendapat, semua orang tau.

Isu Anwar dan Mahathir ini adalah isu besar iaitu melibatkan prinsip dan kejujuran.  Mahathir adalah seorang yang tidak berprinsip langsung dan jauh sekali berlaku jujur sepanjang berada di dalam PH, sepanjang menjadi PM di dalam kerajaan PH dan seorang yang tidak pernah jujur dengan Anwar Ibrahim.  

Perlukah saya senaraikan bukti2nya?  Perlukah saya cerita tentang Mahathir banyak melanggar prinsip yang diperjuangkan oleh PH sewaktu beliau menjadi PM?  Perlukah saya cerita kemunafikan orang tua 95 tahun ini tentang janji2nya?  Rasanya tidak perlu saya huraikan lagi betapa Mahathir cuba membunuh PH sebaik sahaja beliau memberi laluan kepada pengkhianat merampas kuasa.  Cubaan untuk menghancurkan PH dan niat untuk mewujudkan kerajaan baru yang beliau pimpin atas nama kononnya kerajaan perpaduan, itu bukan perbezaan pendapat.  Itu adalah pengkhianatan.  Meskipun usahanya gagal, tetapi niatnya terserlah.  Semua tahu.

Apakah orang seperti ini mahu kita ketemukan dengan Anwar kononnya demi mendapatkan kembali mandat rakyat?  Mandat rakyat bukan hanya mahu kerajaan PH berkuasa, tetapi dasar2 dan prinsipnya serta janji2nya itu termasuk yang diberi amanah oleh rakyat untuk kita jaga, tunaikan dan pertahankan.  

Oleh itu, sebarang usaha untuk mendapatkan kembali mandat rakyat itu mestilah tidak lari dari prinsip2 asal perjuangan PH.  Anwar boleh dapatkan sokongan dari mana2 pihak yang menyokongnya asalkan mereka bersetuju dengan dasar dan prinsip yang kita janjikan kepada rakyat.  Apakah dengan Mahathir kita boleh percaya lagi untuk melaksanakannya?


WFAUZDIN NS



No comments: