JANGAN IKUT CAKAP PROFESOR KANGKUNG ITU

 

NORMAN RADZUAN

Image may contain: one or more people, text that says "A man defeated shamelessly by his own game."




Bila Profesor-Profesor  terpilih berbicara

 Apabila Media kelirukan minda masyarakat

 MAHU TUKAR KERAJAAN UTK SELAMATKAN EKONOMI

 Setiap hari media akn memilih Profesor yg memihak utk menghasut rakyat. Persoalannya pernah tak Profesor-profesor  ini berbicara pada PRN Sabah lalu, orang-orang  politik tidak memikirkan soal rakyat?Pilihanraya Sabah akan membahayakan Covid19 adalah rakyat ?

 Pernah tak mereka dulu bicara Muhyiddin tidak memikirkan nasib rakyat ketika merampas kerajaan PH? Pernah tak ketika kerajaan Perak, Kedah dan Johor ( ketika kes Covid19 semakin serius ) dirampas oleh PN, Profesor-profesor  ini berkata Muhyiddin sibuk berpolitik sdgkan Covid19 dan ekonomi negara masih tidak baik ???

 Pernah tak Media sibuk sebulan yang lalu mencari Profesor-profesor  mengenai campurtangan kerajaan pusat menggugat kerajaan negeri Sabah??? Kenapa beberapa minggu selepas itu tiba-tiba  Anwar dituduh tidak pentingkan nasib rakyat? Mengapa mereka tidak mahu bertanya kepada Profesor Undang-undang, Aziz Bari dan Profesor Agus untuk dapatkan feedback secara akademik.

 Kita bukan mahu pilihanraya seperti Sabah. Media sering bertanya apa yang rakyat mahu... rata-rata rakyat mahu kerajaan mengawal Covid19 dan menjana ekonomi. Orang bijak tahu kerajaan Muhyiddin gagal untuk mengawal Covid19 malah lebih teruk kerajaan gagal menjana ekonomi. Yang Muhyiddin lakukan meletakkan 70 Menteri di dalam kabinetnya. Itu kerja gila!

 Ya rakyat yang bijak mahu segera Muhyiddin meletakkan jawatan untuk Anwar membantu memulihkan ekonomi negara. Ketika ini yang kita nampak mempunyai hubungan yang baik dengan negara luar adalah Anwar Ibrahim.

 Azmin Ali dari zaman PH hingga ke PN apa pelaburan yang dia bawa??? Ini soal yang serius yang Profesor-profesor tidak bertanggungjawab mengalihkan isu yang sebenarnya.

 Ia bukan soal rampas kuasa ia soal mengembalikan mandat rakyat dan memulihkan ekonomi. Apa kekuatan Muhyiddin dengan dunia luar? Sedangkan di rantau ini juga Muhyiddin tidak ada hubungan yang baik. Begitu jugalah Azmin Ali yang langsung tidak berfungsi sebagai Menteri Ekonomi.

Apabila Anwar ingin kembalikan mandat rakyat dengan sokongan yang dia perolehi maka media merancuni rakyat setiap hari sehingga rakyat percaya perubahan kuasa ini mesti melalui pilihanraya. Ia cukup sekadar di Parlimen.

Ia satu sikap tidak bertanggungjawab media. Yang dilakukan oleh Anwar dan mereka yang mahu perubahan ini ialah kerajan berubah secara baik melalui undian Parlimen.

Kemelut ini menjadi kacau bilau apabila watak Tun sentiasa muncul. Sampai bila ahli-politi  politik terpaksa mengikut telunjuk Tun Mahathir? Dia jatuhkan Tunku Abdul Rahman, dia jatuhkan Tun Musa Hitam, Ku Li dan Anwar. Dia lantik Tun Abdullah dan dia mahu Abdullah ikut katanya. Tak ikut dia suruh berhenti. Dia lantik Najib dan dia mahu Najib ikut katanya tak ikut dia jatuhkan Najib.

Sampai bila kita kena ikut katanya? Mahatir dahulu bukan sahaja pemimpin-pemimpin  politik dijatuhkanya malah kuasa Raja juga dilemahkannya. Persoalannya pernah kah kita atau yang bijak pandai yang ada ( jsngan harapkan orang kampung berfikir ) terfikir mengapa di umur 95 tahun Mahathir mahu orang-orang  politik mengikut telunjuknya? Lojik kalau bukan 1001 muslihat...

 

No comments: