KERETA BAHARU KM MELAKA SEKARANG, ADLY ZAHARI JAWAB FITNAH PEMUDA UMNO KOTA MELAKA



Kenyataan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Melaka bahawa permohonan pembelian kenderaan dibuat dikala saya memegang jawatan Ketua Menteri adalah suatu fitnah.
2. Dikala saya menjawat jawatan Ketua Menteri, saya mewarisi dari kerajaan terdahulu 4 buah kenderaan yang boleh dimanfaatkan bagi kegunaan Ketua Menteri. Tiada keperluan kenderaan baru.
3. Nasihat saya kepada pemuda Umno, jadilah anak muda Melayu Islam yang bertanggungjawab dan jujur dalam menyampaikan maklumat.
4. Belilah apa sahaja kenderaan yang mahu dibeli, tapi harus mengambilkira kemampuan semasa kewangan kerajaan disamping keutamaan kepada rakyat.
5. Mengikut rekod sidang DUN yang lalu, pendapatan kerajaan negeri dilihat merosot, sehingga September 2020 dianggarkan kerajaan negeri mampu mencapai 55% sahaja pendapatan dari yang dibajetkan.
6. Nasihat saya pada semua, utamakan rakyat, kalau boleh berjimat, berjimatlah. Gunakan segala yang ada untuk membantu mereka yang kehilangan pekerjaan, hilang pendapatan, gagal melunaskan hutang disamping bebanan pendidikan pada anak-anak.
7. Saya tidaklah berminat membesarkan isu yang kecil, untuk tidak fitnah itu dipanjangkan dan sebagai peringatan kepada anak-anak muda yang baru belajar berbohong.
8. Tumpukan membantu rakyat kerana agama itu ada juga pada anak-anak yang menangis kelaparan dan jiran-jiran yang tertanggung hutang yang tidak dapat melunaskan hutang mereka.
Adly Zahari
16 Oktober 2020

No comments: