HAMDAN TAHA
ADAKAH YANG MASIH MENGANGGAP MAHATHIR TU MALAYSIA?
Masalah kita di malaysia ialah apabila manusia bernama Tun Dr
Mahathir tidak boleh HIDUP apabila tidak ada kuasa di tangan beliau....
Tun M merasakan dia MATI apabila kekuasaan tidak bersama dia.
Tun M juga rasa tidak boleh lelap tidur apabila orang lain menjadi PM di
Malaysia...
Gila kuasa yang ada pada beliau dan Allah berikan umur yang
panjang dan kesihatan yang baik....menyebabkan kita tetap akan di huru harakan
oleh manusia bernama Tun M....dan kita kena akui dia
Hebat
MAHATHIR BIMBANG ANWAR
Sekarang pula dia paling takut jika Anwar Ibrahim jadi PM
bersama dengan Najib Tun Razak juga Zahid Hamidi bersama pula. Ini lagi
menyebabkan Tun Dr M tak tidur langsung....jika Muhyuddin jadi PM dia tak lelap
tidur sahaja....tapi dia dengan Anwar,Zahid dan Najib bersama dia terus tak
tidur tidur memikirkan kaedah untuk perkara itu berlaku....
Setakat ini plan Tun Dr M berjaya....jarum jarum dah
berjalan....Azmin Hishamuddin semua dah nak menghala ke bubu....
Jika Dr Mazlee buat keputusan menyokong Anwar Ibrahim bersama dengan
beberapa orang MP dari parti pejuang.....itu maknanya Tun M gagal jaga rumah
dia sendiri tu....
Sebelum ni dia juga gagal jaga bersatu sehingga pecah.....
hebat
macam mana pun dia perlu ingat dia dah tua ...
KULI JANGAN TERTIPU LAGI
Kali ini percaturan antara Dr M dan Anwar dan Umno....(zahid n
najib) kita tengok siapa
hebat
dan kuat...
Nampak setakat ini Ku Li bersama Tun M mencatur....ke arah mana
tak tahu...tapi boleh saja Hishamuddin dan Azmin bersama jika mereka lihat Muhyuddin
bukan lagi kuda yang kuat....Amanah pun orang seperti Khalid dan Mahfuz boleh
saja ikut Tun M dan saya percaya ada juga di kalangan DAP atau keseluruhan DAP boleh
bersama Tun Dr M....Warisan juga...dah tentu GPS jika mereka lihat Muhyuddin
tak cukup kuat....
Anwar Ibrahin selain dari PKR sukar untuk saya ramalkan jika
game ini melibatkan Tun M dan Ku Li dan Azmin dan Hishamuddin dan Warisan
....kerana DAP jika tak ada Umno mereka
lebih selamat dan gembira....sedangkan bersama Anwar perlu ada Umno jika tidak
jumlah tidak akan mencukupi....dan geng Azmin jika bersama Anwar agak keberatan
tapi jika bersama Tun M mereka bersedia.....cuma antara Tun M dan Ku Li
siapakah yang akan jadi PM .....boleh saja Ku Li tertipu lagi kerana Ku Li
tidak mampu membawa MP Umno bersama beliau....jika ada dari kelompok Umno itu
kerana Hishamuddin bukan kerana Ku Li....
Tun Dr M gaya gerakan dan percaturan itu sedang mencatur ke arah
dia di terima semula sebagai PM....dia tidak akan benarkan Anwar jadi PM dan Muhyuddin
pun jadi PM....untuk Muhyuddin dan Anwar pula mereka sukar untuk bergabung
kerana yang berada bersama Muhyudin iaitu Azmin dan Hamzah bila bila masa bole
keluar dan bersama Tun M....mereka bersama Muhyuddin bukan kerana nama Muhyuddin
tu...tapi kerana jawatan dan kuasa....jika Muhyudin dah nak tengelam....mereka
akan cari kapal baru...
PAS MENANGGGUK UNTUNG
Siapakah yang untung saya menjangka kan PAS...saya di beri tahu
Ku Li dan Tun M telah menghantar risikan dan formula pada Pas....sekarang Azmin
dan Hisham....setiap satu jam berunding.....Hamzah dan Muhyuddin...Tun
M...shafie...Ku Li...Daim juga satu team....Anwar ibrahim....Zahid hamidi...ada
sorang dua dari Amanah dan DAP....juga sentiasa mencatur....
Umno ada percaturan yang besar....ada group dengan Anwar....ada
group dengan Muhyuddin....ada satu Group dengan Tun Dr M...semuanya sedang
ligat mencatur...
Anwar lebih selesa jika Agung memanggil ketua parti....dan Agung
yang buat keputusan. Tun Dr M pula lebih mudah dan suka guna jalan undi tidak
percaya dengan jatuhkan Muhyiddin terlebih dahulu....bila Muhyuddin jatuh maka
Tun Dr M yakin dan percaya dia boleh mendapat mejoriti MP sokong dia....Ku Li
pula berharap Tun Dr M menyokong beliau....jika tak ada sokongan Tun M dan Daim....sukar
untuk Ku Li...atau Ku Li lebih suka darurat dan Agung boleh melantik PM sementara.....
Muhyuddin pula lebih selesa berlindung di bawah naungan
Agung....maka dia sempat buat percaturan sebelum sidang dewan dengan bersedia
ikut kehendak Umno...jawatan TPM dan pertukaran menteri seperti yang Umno
minta....tapi itu pun belum tentu selamat jika Ku Li dan dua orang lagi MP Umno
tak sokong Muhyuddin ketika sidang dewan....walaupun mereka guna kuasa speker
untuk mengelak dari undi tidak percaya di buat....tapi hari ni dengan ramainya
MP hantar surat ke speker ini menyukarkan speker nak bersilat....
ANWAR, ZAHID DAN NAJIB HARUS BEKERJASAMA
Apa pun untuk berdepan dengan Tun M yang belum mati ni tetap
sukar buat Anwar dan Muhyudin juga Najib.....tapu jika Zahid dan Najib rasakan
bahawa perlu bunuh dan tanam Tun M terlebih dahulu baru Malaysia boleh aman dia
boleh lah berkerjasama dengan Anwar sebelum mereka sudah tak ada kuasa.....