Khairuddin nasihat orang ramai patuh arahan kuarantin diri...Eeeewwwww.....Orang macam ni tak ada malu kah?

 

Khairuddin nasihat orang ramai patuh arahan kuarantin diri


Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, mengingatkan orang ramai untuk mematuhi arahan kuarantin diri yang ditetapkan kerajaan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, arahan kuarantin sama ada di rumah atau di pusat kuarantin, perlu dipatuhi rakyat Malaysia bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dalam negara.

“Covid-19 bukan bahan murahan politik. Ia musibah yang perlu ditangani bersama oleh seluruh rakyat.

“Patuhi SOP penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka. Arahan kuarantin sama ada di rumah atau di pusat kuarantin apabila diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu dipatuhi oleh semua.

“Berdoalah agar pandemik ini berakhir segera. Berdoalah agar mereka yang positif segera sembuh. Bantu rakan dan jiran yang terjejas ekonomi akibat covid-19,” katanya dalam hantaran Facebooknya.

Sebelum ini, Khairuddin menimbulkan kontroversi apabila beliau tidak menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari Turki pada Julai lalu.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga kertas siasatan dibuka terhadap Menteri Pas tersebut.

Khairuddin juga dilaporkan telah membayar denda RM1,000 selain turut memulangkan gaji sebagai menteri bagi bulan Mei hingga Ogos, untuk sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung Covid-19).

Bagaimanapun selepas lebih dua bulan, kes tersebut masih di dalam siasatan pihak polis dan kertas siasatan terus bertukar tangan antara polis dan Peguam Negara tanpa keputusan akhir.



No comments: