PENGKHIANAT TEBUK ATAP, ANWAR BUKA ATAP HALAU 'SAKA" KELUAR


Image may contain: 1 person, standing


Muhyiddin dan Azmin mencipta sejarah buruk negara apabila menubuhkan kerajaan melalui pengkhianatan mandat rakyat dan menjadi anggota kabinet melalui 'tebuk atap'. Kerja hianat mereka dan gerombolannya telah dipermudahkan dengan bantuan orang tua 95 tahun yang munafik, tidak sedar diri diuntung dan pendendam kepada Anwar.

Umno, Pas dan beberapa parti lain bukan 'hero' utama siri pengkhianatan ini, tetapi mereka sebagai parti politik sudah pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan keuntungan politik. Asalnya pendirian Umno dan Pas agak mulia dan terpuji apabila memutuskan tidak mahu bersubahat dengan pengkhianat ini dan mereka mahu Parlimen dibubarkan sebaik sahaja si tua itu meletakkan jawatan sebagai PM. Namun, iman mereka tidak kuat dan terpesona dengan berbagai tawaran yang diberikan oleh pengkhianat. Parti lebai lupa kepada serban di kepala dan jubah labuh yang dipakai dek kerana umpan duniawi. Mereka lupa kisah kerajaan Perak yang dikhianati dan dirampas pada tahun 2009, sewaktu MB nya adalah dari parti mereka. Mereka kini 2 X 5. Prinsip Islam hilang entah ke mana.

Anwar terus istiqomah dan mengepalai PH untuk mengembalikan semula hak rakyat. Apatah lagi di dalam situasi kritikal Covid dan ekonomi serta pengangguran yang semakin teruk, Anwar terus bersabar dan berusaha mencari jalan agar negara ini dapat diselamatkan dari kehancuran hasil kerja pengkhianat. Usaha Anwar ini dilihat begitu ikhlas kerana beliau selalu bercakap tentang ekonomi dan rakyat. Beliau tidak menyerang individu yang lain seperti si tua haprak itu yang tidak pernah lekang mulutnya menyerang dan memburukkan Anwar meskipun kuasa telah hilang dari tangannya. Mungkin, kesabaran dan keikhlasan Anwar inilah berjaya menambat hati beberapa MP lain untuk memberikan kepercayaan kepada tokoh reformasi ini. Mungkin tidak semua ikhlas menyokong, tetapi jangan kita menolak kesemuanya. Asalkan sokongan itu tidak disebabkan oleh tawaran atau habuan seperti yang dilakukan oleh PM sebelum ini, itu sudah cukup baik.

Tugas Anwar sekarang adalah membuka 'atap' untuk menghalau 'saka jahat' keluar yang selama ini merasuk rakyat. Dari mana 'saka; itu masuk, dari situlah kita akan nyahkan. Kebenaran akan mengatasi kebathilan, cuma masa menentukan. Kuncinya adalah kesabaran di dalam usaha dan tawakkal kepada Allah. Semoga Allah permudahkan kerja2 baik dan mulia ini. Kita mahukan negara yang dirahmati dan diberkati agar rezeki dari bumi, laut dan langit mencurah2 datang memberikan nikmat kepada seluruh rakyat Malaysia.

WFAUZDIN NS

 

No comments: