𝗣𝗔𝗡𝗔𝗦… 𝗞𝗘𝗠 𝗔𝗭𝗠𝗜𝗡 𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗘𝗖𝗔𝗛, 𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗠𝗣 𝗧𝗨𝗞𝗔𝗥 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗔𝗡𝗪𝗔𝗥…

 

BOB KELANANG

Image may contain: 3 people


Sebelum ini negara dikejutkan dengan 'Langkah Sheraton' yang digerakkan oleh Azmin Ali sehingga menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang hanya mampu bertahan selama 22 bulan.

Langkah yang dibuat oleh Azmin itu mendapat sokongan dari sebahagian ahli parlimen dari dalam PKR sendiri sehingga parti tersebut berpecah kepada dua kem. Ahli parlimen yang menyokong Azmin sekarang bersama-sama beliau di dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Namun segalanya tidak berjalan dengan lancar bagi kem Azmin. Apabila ura-ura mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai cukup sokongan untuk membentuk kerajaan yang baru, terdapat ahli parlimen dari kem Azmin yang mula mengalihkan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Menurut sumber dalaman, pertemuan telah diatur bagi membolehkan keempat-empat ahli parlimen tersebut bertemu dengan Anwar bagi menyatakan sokongan masing-masing.

“Sehingga kini segalanya positif dan berjalan dengan lancar”.

Apabila diajukan soalan siapakah ahli parlimen yang bakal memberikan sokongan itu, pimpinan PKR masih lagi mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut berkaitan isu tersebut.

Sudah pastinya ahli parlimen yang membuat pusingan “u-turn” itu adalah dari kalangan mereka yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Kini Anwar Ibrahim mula mendapat sokongan dari ahli parlimen yang lain selain dari Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan Malaysia yang baru.

Sehingga kini senarai penuh sokongan terhadap Anwar kekal menjadi misteri dan tiada sebarang pendedahan rasmi dibuat terhadapnya. Anwar hanya akan dedahkan senarai itu setelah selesai menghadap Seri Paduka Baginda YDP Agong.