Tidak mudah kerajaan bertukar(BACA PANDANGAN MACAI)


Nik Ahmad Kamal menambah Muhyiddin boleh menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen di bawah Perkara 43 (4) Perlembagaan, sekiranya Perdana Menteri itu benar-benar hilang sokongan majoriti.
Nik Ahmad Kamal menambah Muhyiddin boleh menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen di bawah Perkara 43 (4) Perlembagaan, sekiranya Perdana Menteri itu benar-benar hilang sokongan majoriti
Sementara itu, Pengamal Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata mustahil untuk kerajaan ditukar dengan hanya melalui pertemuan tersebut kerana ia akan memakan masa yang lama.
Jelas Nik Ahmad Kamal yang juga pakar Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong akan mendapatkan pengesahan terlebih dahulu mengenai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
“Kalau kita lihat misalnya di Perak, masa dikuasai oleh Pakatan Harapan (PH) dan berlaku pertukaran kerajaan, kita melihat proses yang panjang dan hingga membawa ke mahkamah.
“Jadi dari segi perspektif Perlembagaan, kalau benar ada majoriti yang dikuasai oleh Datuk Seri Anwar di Dewan Rakyat, maka ia perlu membawa kepada proses-proses lain.
“Misalnya, perlu ada verifikasi (pengesahan) bahawa betul atau tidak beliau ada majoriti di Dewan Rakyat untuk menyebabkan Perdana Menteri hilang kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat.
“Pengesahan itu adalah dari Istana Negara sendiri, di mana Seri Paduka Baginda perlu melihat secara mendalam dan membuat verifikasi.
“Kita lihat ketika pertukaran kerajaan pada bulan Februari lalu, verifikasinya Panjang. Baginda menerima menghadap Ahli-Ahli Parlimen untuk menuntut pandangan mereka, adakah mereka menyokong A ataupun B. Itu yang berlaku dan saya rasa proses yang sama akan berlaku,” jelasnya.
Nik Ahmad Kamal menambah Muhyiddin boleh menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen di bawah Perkara 43 (4) Perlembagaan, sekiranya Perdana Menteri itu benar-benar hilang sokongan majoriti.
“Di bawah Perlembagaan, Perdana Menteri mempunyai hak untuk menasihatkan kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk bubar Parlimen atau ia adalah hak Perdana Menteri.
“Terpulang kepada Seri Paduka Baginda untuk bersetuju atau tidak jika benar-benar berlaku telah hilang majoriti Parlimen dan Perdana Menteri sudah tidak ada lagi sokongan majoriti.
"Maka, Baginda mungkin mengikut budi bicara untuk bubar Parlimen ataupun melantik seorang Perdana Menteri baharu,” katanya.
Walau bagaimanapun, Nik Ahmad Kamal mengakui pertemuan pada 13 Oktober ini akan memberi kesan kepada suasana politik negara.