PENGAMPUNAN PENUH TANPA SYARAT BUAT ANWAR-DENGAR BETUL BETUL


FAEZUDDIN PUAD





Pengampunan penuh tanpa syarat daripada Yang Di-Pertuan Agong. Cuba dengar elok-elok Titah Tuanku yang disampaikan oleh Pengarah Penjara Sungai Buloh kepada
.
" Datuk Seri diberi pengampunan penuh tanpa syarat dan dianggap tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan"
"tidak ada sebarang urusan dokumen-dokumen sebab Datuk Seri tak ada salah"
Selain itu, Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, “Pengampunan ini juga bermaksud Anwar bersih daripada mana-mana jenayah dan sekali gus membenarkan dia untuk bertanding dalam pilihan raya,” katanya sambil menyamakan individu yang mendapat pengampunan ibarat bayi baru dilahirkan.




Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@nstp.com.my
Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi pengampunan dan menunda hukuman berhubung segala kesalahan dibicarakan oleh mahkamah tentera dan kesalahan dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.
Bagi kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibicarakan di Kuala Lumpur, Lembaga Pengampunan terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong sebagai pengerusi, Peguam Negara, menteri yang menjaga hal ehwal Wilayah Persekutuan dan ahli yang dilantik Yang di-Pertuan Agong tidak melebihi tiga orang perlu mengadakan mesyuarat terlebih dulu selepas mendapat rayuan atau petisyen pengampunan.

No comments: