KLUSTER AT TAKIRI SEDANG ANCAM RIBUAN NYAWA?


Sejak saya membangkitkan isu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tidak menjalani kuarantin 14 hari selepas beliau pulang dari Turki pada 7 Julai 2020, beliau tidak mengeluarkan kenyataan saya dan hanya minta orang ramai tunggu kenyataan Kementerian Kesihatan.
Mengikut SOP yang diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara, beliau seharusnya menjalani kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari luar negara, iaitu daripada 7 hingga 21 Julai untuk memastikan beliau tidak dijangkiti COVID-19 dan tidak menyebarkan virus penyakit ini kepada orang lain.
Mengikut Facebook beliau, beliau telah mula menghadiri majlis rasmi 3 hari selepas beliau pulang dari Turki. Program pertamanya ialah majlis perasmian kursus asas pembangunan usahawan coklat di Duyong Marina Resort di Terengganu pada 10 Julai 2020. Daripada 10 hingga 21 Julai, beliau menghadiri 12 program/mesyuarat yang mungkin melibatkan beberapa ribu orang.
Turki mempunyai 18,608 kes aktif pada 6 Julai 2020, pada hari akhir Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berada di negara itu. Sekiranya beliau dijangkiti penyakit COVID-19 dari Turki, maka beliau berkemungkinan menyebarkan coronavirus ini kepada beribu-ribu orang sehingga mungkin wujudnya “Kluster Khairuddin Takiri” di Malaysia.
Saya difahamkan lawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ke Turki juga diiringi oleh ahli keluarga dan anggota agensi kerajaan. Apakah mereka juga menjalani kuarantin selama 14 hari mengikut SOP kerajaan?
Program yang dihadiri oleh Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dalam tempoh yang beliau sepatutnya menjalani 14 hari kuarantin yang tercatat dalam FB beliau adalah seperti berikut:
10 Julai- Majlis Perasmian Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan- Duyong Marina Resort, Terengganu.
13 Julai- sidang Parlimen
14 Julai – Terima lawatan Tuan Stanley Liew, Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia di Parlimen.
15 Julai- Kaedah Inokulasi-maksimumkan Penghasilan Bahan Gaharu di Jasin, Melaka
16 Julai- sidang Parlimen
18 Julai – Majlis penyampaian sumbangan Inspirasi Musa’adah COVID-19 di Pejabat Daerah Kuala Merus, bersama YB Senator Datuk Dr Haji Zulkifli Mohamad A—Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
18 Julai — Konvoi Berbasikal sempena program Mederka@ Komuniti (Info On Wheels)- Perkarangan Pasar Batu Enam, Kuala Nerus.
18 Julai — Pelancaran Sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia.
18 Julai— Program JOM MSPO Negeri Terengganu, Dewan Sebarguna Tepoh, Kuala Nerus.
18 Julai — Majlis Penyerajam Bantuan Prihatin KENAF, Penyampaian Peringkat Negeri Terengganu- Balai Raya Kg Gunung Dalam, Setiu.
18 Julai — Program di Pantai Penarak, Terengganu
19 Julai —Ziarah Mahabbah Sekitar Pulau Duyong
Memandangkan orang ramai tengah kecewa dengan tindakan yang keterlaluan oleh pihak penguatkuasa terhadap mereka yang tidak pakai pelitup muka dan tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari luar negara, pihak Kerajaan haruslah menunjukkan ia tidak berat-sebelah dari segi penguatkuasaan dalam kes COVID-19.
Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh
20 Ogos 2020.


No comments: