OOOII AHLI UMNO ? TEKA BERAPA AZEEZ SAKAU DUIT RAKYAT ?

Azeez Rahim tak mengaku terima rasuah RM5.2j, ubah wang haram hampir RM140j



Anggota Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM144.6 juta, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Beliau dihadapkan dengan tiga pertuduhan rasuah mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla). Untuk pertuduhan rasuah, Abdul Azeez didakwa menerima RM5.2 juta daripada Pengarah Menuju Asas Sdn Bhd Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah, sebagai habuan kerana membantu syarikat itu mendapat projek pembinaan lebuh raya dan penambahbaikan jalan di Perak dan Kedah. Transaksi dikatakan berlaku antara Disember 2010 hingga April 2018. Bagi setiap pertuduhan, Abdul Azeez yang juga bekas pengerusi Tabung Haji boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun atau denda RM10,000 atau lima kali ganda lima suapan, mana-mana yang lebih tinggi, jika disabit bersalah. Untuk pertuduhan pengubahan wang haram, Abdul Azeez didakwa menerima wang haram bernilai sehingga RM139.41 juta daripada empat syarikat iaitu Menuju Asas Sdn Bhd, Mangkubumi Sdn Bhd, Pintas Utama Sdn Bhd, dan AVP Engineering (M) Sdn Bhd. Transaksi dikatakan berlaku antara 10 Mac 2010 hingga 30 Ogos 2018. Sementara itu, abangnya Abdul Latif Abdul Rahim juga mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap dua pertuduhan bersubahat dengan Abdul Azeez berkenaan suapan berjumlah sehingga RM4 juta berhubung projek lebuh raya bernilai RM644.48 juta. Hakim Azura Alwi menetapkan ikat jamin RM800,000 beserta seorang penjamin untuk Abdul Azeez, dan RM500,000 beserta seorang penjamin untuk Abdul Latif.





RINA HAMZAH


Image may contain: 2 people, text that says "HOI AHLI UMNO, CUBA TEKA BERAPA AZEEZ SAKAU DUIT RAKYAT? Bersatu.TV @BersatuTV Bersatu TV bersatu.tv AZEEZ RAHIM DAN ANAK BERANAKNYA ADA 4 SYARIKAT. SEMUA SYARIKAT INI DIA BUAT UNTUK SAKAU DUIT RAKYAT MELALUI PROJEK JALAN DI KEDAH DAN PERAK. BERAPA JUMLAH AZEEZ SUDAH SAKAU? RASUAH; MELIBATKAN RM5.2 JUTA DAN JENG JENG JENG... PENGGUBALAN WANG HARAM RM 40 JUTA!"

Orang Melayu nak tau cerita tak ? Cerita terbaru pasal Azeez Rahim yang pernah terkantoi tahap gaban dibogelkan oleh Mujahid masa debat minggu lepas.

Ini bukan cerita debat. Tapi pendedahan dalam Mahkamah Sesyen KL yang boleh bikin orang melayu ( khasnya ahli dan penyokong UMNO ) untuk korang berfikir 100 kali sampai bila nak kena tipu dengan pemimpin UMNO macam Azeez Rahim ni ?

Korang kena tipu dah tahap maksima dah ni. Sampai bila nak kena kencing dengan pimpinan UMNO yang membohong siang malam cerita bab melayu tapi kat belakang kaw-kaw menyamun dan mentekedarah hak melayu.
Azeez Rahim dan anak beranaknya ada 4 syarikat . Semua syarikat ni dia buat nak sakau duit rakyat. Azeez empat beranak create company ni pasal nak sakau Projek jalan di Kedah dan Perak.

Jumlah Azeez Raheem sakau teka berapa ? Rasuah RM5.2 juta dan jeng jeng jeng... Penggubalan Wang Haram RM140 juta !

Tu dia... idop melayu ! korang dapat apa ? Takat dapat makan mee hoon, karipap air sirap aje lah masa mesyuarat cawangan.....
CNP from bersatu tv.


No comments: