KPT diseru siasat tuduhan terhadap LCUT



Oleh B. Suffian
Kementerian Pengajian Tinggi termasuk pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) diseru melakukan penyiasatan yang komprehensif terhadap tuduhan-tuduhan di media sosial terhadap Universiti Teknologi Kreatif LimKokWing (LCUT).
Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming berkata, sama ada kementerian sedar atau tidak, selain isu papan iklan ‘King of Africa’, ada banyak lagi tuduhan yang telah dibuat di media sosial terhadap universiti tersebut.
“Semua butiran ini boleh didapati dalam laman web ‘limkokwingisracist.com’,” katanya ketika perbahasan menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Kian Ming bagaimanapun menegaskan, beliau tidak dapat mengesahkan kesahihan dokumen dan klip audio yang didedahkan berkenaan.
Justeru, beliau menyeru kementerian termasuk MQA untuk melakukan penyiasatan komprehensif supaya nama baik negara dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) lain tidak dicemarkan oleh tuduhan seumpama itu.
Kementerian sebelum ini dilaporkan telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada LUCT bagi menuntut penjelasan berikutan kontroversi papan iklan ‘Raja Afrika.’
Menterinya, Noraini Ahmad mengatakan bahawa kementerian sedang menyiasat universiti itu walaupun pihak universiti telah memohon maaf atas perkara tersebut.
LUCT sebelum ini dikritik selepas pelajar dan kakitangannya mendakwa di media sosial yang universiti berkenaan menunjukkan sikap perkauman menerusi papan iklan yang dipaparkan di kampus Cyberjaya itu. 



No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

SYARIKAT RM160B DIASASKAN RAKYAT MALAYSIA, AS YANG UNTUNG?

Syarikat RM160b diasaskan rakyat Malaysia, AS yang untung? Oleh:  Redzuan RF8 Media April 19, 2021 Share Rancangan syarikat e-hailing dan pe...