SOAL JAWAB KEJATUHAN PH...MUDAH PAHAM



Untuk memudahkan orang ramai untuk memahami siapa sebenarnya yang jadi punca kepada kejatuhan PH, di sini Saya huraikan satu persatu supaya mudah di fahami.

Soalan 1 : Apakah punca kejatuhan kerajaan PH?

Jawapan:

Kerajaan PH jatuh secara rasmi apabila Tun M meletak jawatan dan seterusnya beliau telah menasihati YDPA untuk membubarkan jemaah menteri.

Soalan 2 : Kenapa Tun M letak jawatan ?

Jawapan yg di beri oleh  Tun M sendiri :

Beliau kata kerana PPBM serta kem Azmin sudah keluar PH dan menyebabkan PH hilang majoriti.

Soalan 3: Betul kah bila PPBM serta Azmin dan gang2 nya kuar PH menyebabkan PH hilang majority?

Jawapan: Tidak benar.

Alasannya: Sebelum Tun M letak jawatan, PH ada 141 sokongan  MP seperti berikut:

Pkr 50
Dap 42
Amanah 11
Ppbm 26
Warisan 9
Upko 1
PSB 1
Star 1

Sebaik saja PPBM dan Azmin keluar PH, mereka membawa 30 MP keluar PH iaitu 20 PPBM serta 10 kem Azmin.

So bakinya 141-30 = 111. Sekiranya Tun M menerima nasihat YDPA untuk tarik balik perletakan jawatan, PH dengan mudahnya mendapat majority selesa melalui perundingan dengan ramai pihak termasuk GPS Sarawak. Kalau Tun M masih tetap nak letak jawatan ketika itu, patutnya beliau menasihati Agong untuk lantik Anwar jadi PM, tapi itu tidak di lakukan, sebaliknya beliau menasihati Agong untuk bubarkan kabinet.

Soalan 4 : Adakah apabila PM letak jawatan akan menyebabkan Kerajaan turut tumbang?

Jawapan : Tidak semestinya

Bukti 1 : Tahun 2003 Tun M letak jawatan sebagai PM dan beliau menasihati Agong untuk lantik Pak Lah sebagai PM

Bukti 2: Tahun 2009 Pak Lah letak jawatan sebagai PM dan beliau menasihati Agong untuk lantik Najib sebagai pengganti.

Soalan 5: Apa beza perletakan jawatan Tun sebagai PM tahun 2003 serta Pak Lah pada tahun 2009 dengan perletakan jawatan Tun M pada Feb 2020?

Jawapan : Bezanya ialah tahun 2003 dan 2009 tersebut Tun M serta Pak Lah menasihati Agong untuk lantik pengganti mereka ketika itu, tapi pada Feb 2020, Tun M letak jawatan tanpa menamakan pengganti beliau pada Agong, sebaliknya beliau menasihati Agong untuk bubarkan anggota kabinet.

Kesimpulannya : Nampak tak siapa yang jadi punca kejatuhan PH?

Pada ketika ini PH serta lain2 dari pembangkang ada total 109 MP. Sekiranya dulu Tun M tidak letak jawatan serta PH masih jadi kerajaan, dengan mudah saja dapat cari tambahan sokongan dari para MP2 lain kerana Kita adalah kerajaan yang berkuasa. Malah para MP PPBM pun akan pusing belakang semula. Tapi bila Tun letak jawatan dan PH bukan lagi kerajaan, dah tentu kita sukar nak dapat tambahan MP.
c/p


No comments: