Pelaburan asing merudum zaman PN?
#SUDAH lama sejak #KERAMITA mengambilalih kuasa dari Kerajaan PH, seawal 16 March saya sudah menulis mengenai Trust Deficit. Kebimbangan saya tentang kesan negatif kepada ekonomi akibat Trust Deficit menjadi nyata.
Sektor yang paling terkesan ialah Foreign Direct Investment (FDI) kerana Trust Deficit akan menyebabkan pelabur gusar dan tidak berani melabur di Malaysia. Q1 2019 di era PH FDI meningkat ke rekod RM193.88 billion manakala di era PN dan ekonomi pandemic Q1 2020 FDI merudum kepada hanya 6.37 billion.
Semalam, 18 Julai 2020 Bekas Menteri Kewangan II, DS Johari Ghani dilapurkan berkata :
“KERAJAAN yang tidak stabil akan menyukarkan Malaysia menarik pelaburan asing terutama ketika semua negara serantau agresif cuba memulihkan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19”.
Saya siarkan komentar dari Sdr Gino Marvela yang menjelaskan lebih terperinci dan pengalaman bagi mereka yang terlibat dalam usaha membawa masuk FDI. Keadaan ini hanya boleh dipulihkan jika PH menang di Snap Election atau PRU15 nanti.
Sehingga itu….bersedialah berjimat atau mengikat perut anda jika kesannya menyebabkan keadaan ekonomi lebih parah, negara tiada industri baharu dan rakyat hilang peluang pekerjaan.
Wallahualam.